Nuffnang

Ahad, 25 Disember 2011

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Wednesday Wiki : <b>Awanband</b> Rilis Album Pertama, Hidupkan Indie <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2011 05:43 PM PST

Sekitar 3-4 tahun lepas, genre indie sangat hangat dan mempunyai fans yang tersendiri di seluruh tanah air. Namun, sejak akhir-akhir ini kebanyakan band-band seperti Laila's Lounge, Bittersweet, dan juga beberapa nama lain yang popular sudah mula mendiamkan diri.

Namun tidak bagi kumpulan Awanband yang dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Ully (gitaris utama), Boboi (gitaris kedua), Ijan (drum), Hassan (bass) dan Faris (vokalis). Ditubuhkan pada tahun 2007, mereka cuba membawakan konsep yang tersendiri dan memuatkan album pertama mereka dengan 6 buah lagu yang dikompos dengan pelbagai mood.

Album ini turut mempersembahkan vokal yang mantap dari Faris serta memberikan kelainan dari segi kreativiti penggubahan lagu. Berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya mampu menepati citarasa golongan muda. Buktinya, walaupun baru mengeluarkan album pertama mereka, Awanband telah mengumpul hampir 10,000 peminat terutama golongan muda di laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik, dan juga Roda Khayalan. OHBULAN! pasti single pertama mereka iaitu 'Kartita' mampu memikat halwa telinga anda. Percayalah! Jadi tunggu apa lagi, dapatkan album mereka yang sudah berada di pasaran sekarang.

OHBULAN! sudah jatuh cinta dengan lagu ini. Anda bila lagi? Layankan lagu 'Kartita' sekarang! Oh Kartitaaa, Oh Kartitaaaaaa!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan