Nuffnang

Rabu, 28 Disember 2011

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Ella, <b>Faizal Tahir</b>, Ogy, Ramlah Ram, Ferhad Dan Adam AF Bakal <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 05:02 AM PST


Fuh. Memang nama-nama besar semuanya. Abang Nara teruja melihat nama seperti Faizal Tahir dan Ella yang bakal menggalas tugas menjadi mentor untuk program Mentor 6 tidak lama lagi. Namun keterujaan itu agak berkurangan apabila melihat nama Adam AF. Apakah Adam layak menjadi mentor?

program mentor 6

Ogy, Ramlah Ram dan Ferhad sememangnya layak kerana mereka memang sudah lama dan banyak pengalaman. Ikhlas dari hati Abang Nara, tak nampak di mana sesuainya Adam AF menggalas tugas seorang mentor. Menurut pihak penerbit program Mentor 6, mereka mahukan seorang mentor yang kuat dari segi pop dance(ala-ala Kpop la nie) untuk memeriahkan lagi Mentor 6 kali ini.

Kami ada satu kriteria di mana hasil dari perbincangan, kami nak cari satu kelainan dalam program ini. Kami nak variasi dan cari artis yang mempunyai genre yang berbeza di mana kami rasa Adam sesuai untuk mereka yang minat dengan muzik Pop Dance. Bagi saya, masing-masing ada kekuatan tersendiri dan tak semestinya yang baru itu tidak bagus.

Apa pun sama-sama kita nantikan program Mentor 6 yang akan ke udara di TV3 tahun hadapan. Kredit gambar dan berita pada portal GUA.

Baca Yang Ini Pulak:-

Full content generated by Get Full RSS.

“Saya Belum Bersedia Jadi Mentor” – <b>Faizal Tahir</b> | OHBULAN!

Posted: 28 Dec 2011 07:12 PM PST

"Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini adalah untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya sejujurnya belum membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak menyertai Mentor," ujar penyanyi Faizal Tahir yang nyata terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor bagi program relaiti Mentor musim keenam yang bakal berlangsung tahun depan.

Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media khas pelantikan enam mentor bagi musim terbaru di Sri Pentas TV3 petang semalam yang turut menyaksikan Ramlah Ram, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Ella, Adam dan Ferhad tampil sebagai mentor baru.

Meskipun pada mulanya enggan menyertai Mentor 6, Faizal akhirnya menerima pemilihan ini dan menegaskan penerimaan tawaran ini bukan terpaksa. Sebaliknya dia berjanji akan buat sebaik mungkin.

Menurut Faizal, dia pada mulanya enggan melibatkan diri dalam program ini kerana mengenangkan dirinya yang kurang berkeyakinan mengajar protege baru selain merasakan, untuk mengasah bakat seseorang bukan satu perkara mudah dan ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi juga perlu ada strategi.

"Tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang agak kurang kerana saya sendiri masih lagi berlatih dalam bidang muzik ini. Saya selalu meletakkan satu tahal yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali membuat persembahan, inikan pula mengasah bakat baru.

"Apa yang saya risaukan ialah bagaimana sekiranya saya tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih dari seorang juara," ujarnya.

Bakal memulakan pencarian di tanah borneo terlebih dahulu, uji bakat Mentor 6 akan bermula di negeri Sabah pada 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, 15 Januari di Hotel Promenade, Kota kinabalu manakala ujibakat di Sarawak akan diadakan pada 20 Januari di Hotel Imperial, Miri dan 22 Januari di Hotel Merdeka Palace, Kuching.

Uji bakat bersama setiap mentor yang akan diadakan di Sri Pentas TV3 membariskan barisan mentor Fauziah Dato' Ahmad Daud adalah pada 4 Februari, Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF pada 19 Februari.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan