Nuffnang

Selasa, 27 Disember 2011

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Full content generated by Get Full RSS.

<b>Izreen Azminda</b> Terima Lamaran Duda, Bakal Bertunang 1.1.2012

Posted: 20 Dec 2011 10:46 AM PST

..

 

Lakonannya dalam drama bersiri hits, Juvana, pada pendapat penulis, biasa-biasa saja. Meskipun watak bertudung diberi nama cikgu Zakiah itu, diakui sendiri gadis 26 tahun ini, telah mempopularkan namanya di persada seni tempatan. Sebalik, penulis berani katakan nama Izreen Azminda semakin meletop-letop gara-gara kontroversi yang menghimpit dirinya dengan hero drama Cinta Elysa, Johan As'ari, yang kecoh sekitar beberapa bulan yang lalu. Dan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ni semakin di kenali dek lakonan cemerlangnya sebagai Melly dalam drama bersiri, Tentang Dhia.

 

Sementelah baru-baru ni, namanya meniti dibibir ramai berikutan Izreen bakal melangsungkan majlis pertunangan tidak lama lagi. Apa yang mengejutkan, berita tersebut berlaku secara tiba-tiba, sebaik jer kes perang besarnya dengan Johan mula reda.

Dalam laman portal Gua.com, Izreen membuat kenyataan, dia telah dilamar oleh seorang duda pada bulan November lalu. Dan pihak lelaki itu datang merisik pada 10 Disember lalu. Kalau tidak ada aral melintang, pada 1 Januari depan mereka akan bertunang dan majlis akan dibuat di kampung Izreen.

Kongsi Izreen, dia mula berkenalan dengan Mohammad Riza Baharuddin (bakal tunangnya) ketika menjalani penggambaran drama Tentang Dhia, sekitar Ogos lalu. Dia merupakan seorang jurukamera. Seterusnya mereka semakin rapat pada penghujung bulan September.

Keikhlasan, seorang yang soft spoken dan memiliki sifat seorang bapa, itu yang membuatkan Izreen tertarik pada bapa anak satu ini. Malah status duda bakal tunangnya itu, tidak memberi sebarang masalah kepada Izreen. Baginya, asalkan dia tak ambil suami orang! Janji Riza pandai menjaganya dan seorang yang bertanggungjawab, itu sudah memadai. Bahkan Izreen memberitahu dia sudah bersedia menjadi isteri dan 'ibu segera' kepada anak Riza.

 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan