Nuffnang

Selasa, 27 Disember 2011

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


<b>Meet Uncle Hussain</b> bakal terajui program realiti mencari vokalis <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2011 01:53 AM PDT

July 31, 2011 by  

MUH semasa memenangi 'Lagu Terbaik' untuk AJL-23

Meet Uncle Hussain (MUH) akan mengadakan satu program realiti untuk mencari vokalis bagi menggantikan Azlan.

Sumber berita asal: GUA Malaysia

Selepas dua tahun bergerak tanpa vokalis, kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) yang terdiri daripada Taja (gitaris), G-Fat (pemain bass), Babab (gitaris) dan Pitt (pemain drum) ini akhirnya muncul dengan inisiatif lain untuk mencari vokalis tetap kumpulan mereka.

Biarpun sebelum ini kumpulan tersebut telah mengadakan ujibakat di mana lebih dari 100 orang yang mencuba nasib, namun sehingga kini mereka masih belum menemui pengganti kepada bekas vokalisnya, Azlan.

"Sebelum ini kami dah buat banyak ujibakat, seperti di Facebook serta laman web MUH, namun sehingga kini masih belum ada lagi yang sesuai dan dapat memuaskan hati peminat-peminat MUH. Tidak dinafikan kami memang cerewet, tapi kalau boleh kami nak cari yang terbaik," ujar Taja ketika ditemui pada sidang media 'Sembang Bawah Pokok Bersama Meet Uncle Hussain' baru-baru ini.

Umum mengetahui, MUH telah menggunakan khidmat penyanyi Black, Hazama dan Nubhan di mana-mana persembahan kumpulan mereka. Jadi, menjadi persoalan adakah kumpulan ini akan mengambil salah seorang daripada mereka sebagai vokalis tetap MUH.

"MUH buat masa ini memang belum lagi ada vokalis tetap. Kita tahu Black terikat dengan syarikat rakaman MonkeyBone, begitu juga dengan Hazama dengan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Masing-masing ada agenda perjalanan karier sendiri.

"Manakala Nubhan pula kami ada satu projek lagu dengan dia yang akan keluar tak lama lagi. Kiranya kolaborasi antara kami semua adalah untuk membantu antara satu sama lain saja. Kami bukan tak nak mereka, tapi kalau boleh, kami nak cari penyanyi yang baru, yang ada karisma tinggi dan sangat-sangat bagus," jelas Taja sambil memberitahu dalam perancangan untuk membuat sebuah program realiti untuk mencari vokalis MUH.

"Kami dalam perancangan membuat sebuah program realiti untuk mencari vokalis kumpulan ini. Kami dah rancang lama perkara ini iaitu sejak Lan keluar lagi. Namun projek ini tertangguh dan memakan masa yang lama sebab tenaga kerja kami yang terhad.

"Buat masa sekarang kami tengah kumpul penaja dan dana untuk realisasikan projek ini. Projek ini agak besar jadi ia memerlukan belanja yang besar. Sesiapa yang berminat untuk menaja dialu-alukan. Setakat ini sudah ada tiga stesen televisyen yang kami jumpa namun semuanya masih dalam perbincangan.

"Kalau boleh nak projek ini berjalan dengan secepat yang mungkin sebab kami dah tak sabar nak keluarkan album. InsyaAllah kami nak jadikan program ini sebagai platform akhir tentang persoalan siapakah penyanyi baru MUH. Kami percaya, orang-orang berbakat memang ada tapi kami kena cari sebab mereka ini suka terperap. Banyak bakat tapi tak nak keluar, sayang. Kami akui memang susah, tapi kami percaya memang ada orang yang berbakat di luar sana."

MEOW: Harap jumpa yang setanding Lan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan