Nuffnang

Isnin, 26 Disember 2011

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Konsert Jelajah Bukti <b>Ning Baizura</b> Tak Putus Asa

Posted: 07 Dec 2011 09:19 PM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Foto oleh Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2011: Meskipun perlu berhadapan dengan bermacam kerenah dan masalah ketika menjayakan Konsert Ning@ KL Live pada 2 Disember lalu, namun itu bukan bermakna penyanyi senior popular Ning Baizura dan suaminya Omar Sharif perlu cepat berputus asa.

Mereka sedar, bukannya mudah untuk mendapatkan keyakinan pihak penaja untuk menaja konsert impian penyanyi Awan Terpilu itu, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan juga kewangan dalam satu cara mengotakan janji buat peminat tersayang.

Malah atas kepayahan itu jugalah, mereka bangun dan teguh berdiri untuk mengotakan satu lagi janji iaitu dengan mengadakan konsert jelajah yang dijangka bakal diadakan bermula awal tahun depan.

"Menerusi pengalaman menganjurkan konsert yang lalu, saya dan suami akan pastikan konsert jelajah yang kami rancangkan ini akan lebih baik dan berjalan dengan lancar.

"Secara peribadi, saya akui terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki menerusi konsert yang lalu, tapi Alhamdulillah dengan berkat sokongan dan doa daripada peminat, pihak media dan penaja yang terbabit, konsert ini berlangsung dengan jayanya.

"Untuk konsert yang akan datang, saya akan pastikan untuk mempromosikannya dengan lebih baik. Malah saya sedar soal kewangan adalah salah satu faktor utama bagi memastikan semuanya berjalan dengan sempurna. Itu akan kami usahakan," kata Ning Baizura kepada portal murai.com.my.

Ning Baizura ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta dan juga rakan kongsi bagi pusat rawatan kecantikan wajah dan badan, MediShape di Tropicana Golf & Country Resort, semalam.

Konsert Ning@ KL Live telah berjaya menghimpunkan hampir 800 peminat setia penyanyi bersuara unik berkenaan dengan persembahan lagu-lagu popular Ning Baizura sepanjang 18 tahun dia berkecimpung sebagai penyanyi.

Sementara itu Omar Sharif selaku Penerbit Eksekutif konsert berkenaan berkata, setakat ini pihaknya sudahpun mengadakan perbincangan dengan sebuah stesen TV yang nyata menunjukan minat untuk turut serta dalam konsert jelajah berkenaan.

Dia juga berkata, untuk merealisasikan konsert berkenaan, kali ini pihaknya menerusi legasi HappeNings (M) Sdn Bhd akan mendapat kerjasama daripada syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Malah katanya, dia dan Ning Baizura tidak akan segan silu untuk sekali lagi mengetuk pintu mana-mana syarikat terutama syarikat telekomunikasi bagi memastikan konsert jelajah pertama berkenaan mendapat kerjasama mereka.

"Memang begitu banyak perkara yang telah saya pelajari semasa menganjurkan Ning@KL Live. Selain menjual dua biji kereta , malah kami juga hampir menjual rumah kami semata-mata bagi memastikan konsert berkenaan tetap berjalan.

"Saya percaya, dengan maklum balas positif daripada pihak media dan juga penaja yang telah sama-sama menjayakan konsert tempoh hari, akan dapat menarik minat pihak syarikat telekomunkasi dan sesiapa saja menaja konsert ini nanti.

"Sayanglah jika peluang ini disia-siakan. Kerana dengan pengalaman lebih 15 tahun sebagai penyanyi dan keupayaan Ning Baizura menghiburkan penonton selama dua jam di atas pentas adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Susah untuk mendapatkan penyanyi berbakat besar seperti Ning.

"Jadi saya rasa rugilah jika ianya disia-siakan begitu saja kerana saya sanggup melakukan apa saja bagi memastikan perancangan ini berjalan lancar," katanya yang cukup optimistic dengan penganjuran konsert jelajah berkenaan.

Ning Baizura juga mencelah, liputan meluas yang diberikan pihak media selepas konsert berkenaan telah menarik perhatian sebilangan pihak yang agak terkilan kerana tidak dapat menyaksikan persembahannya pada hari berkenaan sementara mengharapkan agar dia dapat mengadakan konsert di lokasi masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan