Nuffnang

Ahad, 25 Disember 2011

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Linda Jasmine bukan Queen Control, kata <b>Que Haidar</b> | Media Malaya

Posted: 25 Nov 2011 08:50 PM PST


Semasa Que Haidar undur diri dari dunia lakonan selepas dia berkahwin dengan Linda Jasmine, ramai rakan artis dan pihak media serta juga peminat di sajikan gosip bahawa isteri telah memaksanya untuk berhenti berlakon kerana cemburu.

Que Haidar pada sidang akhbar mengatakan, dia bertekad untuk undur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentuanya.

Baru-baru ini, kecoh lagi apabila Que Haidar tidak menghadiri prebiu filem "Misteri Jalan Lama" di Cathay Cineplex di e@Curve. Kerana tidak menghadirkan diri, sekali lagi Que dituduh dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau.

Malah syarat telah ditetapkan oleh isterinya bahawa Que Haidar tidak dibenarkan melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.

Kata Que dipetik, dia tidak berniat untuk tidak hadir di tayangan prebiu filem tersebut tapi dia terpaksa berulag-alik ke Johor melawat saudaranya yang sakit akibat kanser.

Related posts:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan