Nuffnang

Sabtu, 7 Januari 2012

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Arja Lee</b> tolak tawaran jadi gay

Posted: 20 Nov 2011 05:00 PM PST

Azharudin Ramli atau lebih dikenali sebagai Arja Lee mula mencipta nama selepas terpilih memegang watak Rubidin/Ruby dalam filem kontroversi arahan Khir Rahman, "… Dalam Botol". Keberaniannya menerima watak sebagai lelaki gay ketika melakonkan filem pertamanya mendapat tohmahan pelbagai pihak.

Walaubagaimanapun jejaka berusia 28 tahun ini akui akan menolak jika menerima tawaran memegang watak sedemikian lagi.

Dipetik daripada Malaysian Digest, penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM) tidak mahu namanya dikenali dengan cara yang negatif dan berharap akan diberi peluang memegang watak berbeza.

"Saya inginkan watak yang serius, romantik atau adiwira kerana ia dekat dengan jiwa saya. FIlem "… Dalam Botol" adalah filem percubaan dan langkah pertama saya dalam industri lakonan," ujar Arja.

Walaupun terkandas dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) kepada aktor "Hantu Bonceng", Salehhudin Bakar, Arja menganggap ia adalah satu penghargaan buat dirinya dan sedikit sebanyak dia telah berjaya membawa watak tersebut.

Dalam perkembangan lain, Arja turut memberitahu dia kini sedang menumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajiannya sehingga Jun tahun depan dan akan mula aktif dalam bidang lakonan selepas itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan