Nuffnang

Selasa, 3 Januari 2012

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


Adira dan <b>Hafiz AF</b> putus cinta beberapa bulan lalu | Sensasi

Posted: 03 Jan 2012 12:09 AM PST

Setelah hampir setahun menjalin hubungan cinta, pasangan yang menginjak populariti menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF), ini akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing.

Menurut Hafiz, keputusan tersebut dibuat apabila menyedari, mereka gagal mengenali hati budi masing-masing dengan baik.

"Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini.

"Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.

"Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan," katanya kepada Zass.

Jelas Hafiz lagi, langkah itu juga diambil bagi melancarkan perjalanan karier mereka.

"Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.

"Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya," kata Hafiz yang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Perpisahan mereka mula dihidu, apabila mereka hadir berasingan pada Malam Gala Filem Ombak Rindu, di Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara, Adira, berkata keputusan itu dibuat bersama Hafiz dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka.

Penyanyi kelahiran Sabah ini, bagaimanapun tidak menolak, kesibukan bekerja menjadi antara punca perpisahan mereka.

Akui sangat menyenangi Hafiz, Adira berkata, keputusan itu bukanlah penamat kepada hubungan mereka.

"Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya.

"Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila.

"Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka, " kata Adira yang kini mahu menumpukan perhatian terhadap karier seninya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ilusi ini juga bakal menjalani penggambaran muzik video lagu terbarunya, Sakura.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan