Nuffnang

Selasa, 3 Januari 2012

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Sinopsis filem Keramat lakonan Rabecca Nur,<b>Zul Handyblack</b>

Posted: 02 Jan 2012 08:26 AM PST

Sinopsis Keramat

Keramat mengisahkan di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Pelakon Keramat
Rabecca Nur
Zul Handyblack
Adey Syafrien
Putri Mardiana
Diana Amir

Poster Filem Keramat

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan