Nuffnang

Jumaat, 23 Mac 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Peminat <b>Diana Danielle</b> ditahan – Perak Today

Posted: 27 Feb 2012 09:12 PM PST

PEMINAT misteri yang sering mengganggu kehidupan seorang wanita dengan menghantar nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei, akhirnya ditahan polis tengah hari, semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu adalah jiran mangsa dan ditahan di rumahnya di Wangsa Maju jam 1 tengah hari.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, lelaki yang telah beristeri dan mempunyai empat anak itu mendakwa, mangsa mirip Diana Danielle yang dikenali sejak kecil.

"Dia juga mendakwa selalu berhubung dengan mangsa melalui Twitter, malah 'artis' berkenaan berbalas pesanan di Twitter menyebabkan suspek mengambil keputusan untuk mengenali mangsa," katanya.

Beliau berkata, tiga ayam hidup yang dikirim suspek kepada mangsa adalah sebagai hadiah kepada artis pujaannya itu.

"Suspek dipercayai mengalami tekanan selepas dibuang kerja. Kami masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan