Nuffnang

Jumaat, 23 Mac 2012

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


Laporan: <b>Fasha Sandha</b> Sahkan Bakal Kahwini Rizal Ashram Di <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 01:51 AM PST

Kalau anda belum membaca surat khabar fizikal hari ini seperti kami ini berita yang penting untuk anda semua tahu secepat mungkin.

Berita Harian hari ini melaporkan yang Fasha Sandha telah sahkan bahawa tarikh perkahwinan beliau adalah pada 29 April 2012.

Kenyataan ini merupakan antara kenyataan yang di'tunggu tunggu peminat dunia hiburan yang telah lama di'sogok dengan lambakan gambar pra perkahwinan mereka.

Majlis perkahwinan antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram akan berlangsung dalam satu majlis tertutup yang akan di'hadiri oleh 100 orang tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media. Dan, kami semestinya tiada dalam senarai. #LOL 

Menurut kenyataan Fasha Sandha kepada wartawan Berita Harian, persiapan majlis perkahwinan tersebut sudah hampir siap & busana perkahwinan mereka berdua telah pun mendapat sentuhan Rizman Ruzaini.

Tiada Tajaan Untuk Perkahwinan <b>Fasha Sandha</b>, Abang Nara <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 12:25 AM PST

Bukan senang untuk bergelar seorang selebriti terutama ketika mahu berkahwin. Pastinya banyak pihak yang ingin menaja. Lihatlah perkahwinan beberapa selebriti sebelum ini. Hampir kesemuanya mendapat tajaan yang gilang gemilang. Namun bagi Fasha Sandha dan Jejai, mereka tidak mahu menerima sebarang tajaan sebaliknya ingin berkahwin dengan wang sendiri.

fasha

Kata Fasha:-

Saya dan bakal suami tidak akan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak kerana bakal suami ingin mengeluarkan sendiri perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kami nanti. Tambahan pula kami tidak mahu terhutang budi dengan mereka yang ingin berbuat demikian dan biarlah apa yang ada nanti datang daripada kami sendiri. Saya tidak mengimpikan gelaran wedding of the year sebaliknya berpuas hati dengan majlis sederhana kerana lebih mudah untuk menyapa dan bertemu dengan tetamu.Sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk hebahan mengenai perkahwinan ini kerana menghormati permintaan bakal suami

Fuh. Memang macho. Memang Abang Nara respek Fasha dan Jejai. Bukan senang untuk menolak tajaan lagi-lagi untuk selebriti sepopular Fasha. Dan Fasha turut menjelaskan mengenai perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung di Bali:-

Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat. Tarikh untuk tiga acara itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan

Abang Nara rasa Abang Nara yang super excited nak tengok majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai. Tak sabar nak tengok sebab yakin pasti akan meriah bangat. Tak gitu? Kredit berita Mstar.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan