Nuffnang

Isnin, 26 Mac 2012

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


EDtv: Gambar Izara Aishah dan <b>Iqram Dinzly</b> dalam Amukan <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 07:33 AM PDT

Hai, dah habis pun drama Vanila Coklat. Betul tak sinopsis Vanila Coklat Episod Akhir yang ED post minggu lepas? Kepada anda yang tak puas melihat Izara Aishah berlakon, saksikan lakonan dia dalam Amukan Pocong pulak di TV3. Dalam drama ni, anda tidak akan menyaksikan Izara berlakon adegan romantik tetapi dalam adegan yang boleh membuatkan anda menjerit sendirian. Jom lihat gambar Izara dalam drama seram ini.
 Muka Izara Aishah nampak lain dalam drama ni?
Di belakang Izara ada pocong yang mahu membunuhnya..
Selain Izara, pelakon Vanila Coklat yang akan berlakon dalam drama Amukan Pocong ialah Iqram Dinzly. Jom lihat gambar2 Iqram Dinzly dalam drama ini.
 Dalam salah satu babak Iqram Dinzly memegang ayam untuk upacara sihir
 Selain Iqram, ada Ezany juga berlakon dalam drama ini
 Iqram Dinzly memegang watak antagonis (jahat)
Gambar2 di atas kredit kepada Megat Rohaizal. Jangan lupa, saksikan drama seram Amukan Pocong mulai hari khamis ini di TV3. Jom kita lihat, di antara 13 pelakon cantik, siapa yang mati dahulu di episod pertama? Udada Ubabye!!
ED: Ramai yang tak puas tengok drama Vanila Coklat.

<b>Iqram Dinzly</b> mahu berhenti berlakon?

Posted: 10 Feb 2012 07:25 PM PST


Pelakon, Iqram Dinzley mengakui pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan kerana ingin mendalami agama Islam.

Iqram berkata, keputusan itu telah difikirkannya sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama dia pulang dari menunaikan Umrah pada tahun 2006 dan ketika bercuti di Turki pada tahun lalu.

"Dah dua kali saya berhajat untuk meninggalkan bidang lakonan ini untuk mendalami lagi agama Islam yang selama ini saya rasakan diri ini agak cetek dalam pengetahuan agama.

"Bagaimanapun saya rasa, perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dan pada masa sama saya tetap mendalami ilmu-ilmu agama yang banyak lagi rasanya saya tidak tahu," katanya.

Tambah Iqram, antara perubahan yang dilakukannya ialah dia tidak lagi memakai seluar pendek seperti yang sering digayakannya sebelum ini apabila keluar beriadah.

"Selain itu juga, jujur saya katakan, saya sedang berusaha untuk menguatkan rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari.

"Benar, perkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi saya sedang bergerak ke arah kebaikan, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu Iqram kini menjadi duta produk baru Ayamazz RotiImpit di bawah syarikat Ayamazz Sdn Bhd.

Menerusi produk berkenaan, Iqram turut menyarankan kepada golongan remaja untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai duit poket bagi menanggung yuran pengajian.

"Saya rasa produk ini amat bagus kerana rotinya dikukus dan sekurang-kurangnya makanan seperti makanan segera dapat dielakkan dan ia juga merupakan makanan berbentuk kesihatan.

"Dalam pada itu, ia juga bagus buat para pelajar yang ingin menceburi bidang perniagaan kerana Ayamazz RotiImpit turut menawarkan francais secara kiosk dan van mengikut modal masing-masing dan ia amat sesuai di jual di kampus-kampus kolej atau sekolah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan