Nuffnang

Jumaat, 23 Mac 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


3 Temujanji menggandingkan dua kekasih lama, <b>Pierre Andre</b> dan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 01:36 AM PDT

Pasangan Pierre Andre dan Yana Samsudin yang pernah bercinta satu masa dahulu kini digandingkan dalam filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal keluar pada 5 April 2012.

Filem 3 temujanji mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Reanna (Yana Samsudin) yang sukar mempercayai lelaki. Atas sebab itu, Reanna meletakkan syarat hanya akan bertemujanji dengan lelaki tidak lebih daripada 3 kali sahaja.

Selepas 3 temujanji, Reanna akan meninggalkan lelaki terbabit dan mereka tidak perlu berhubung lagi untuk mengelakkan sengsara jika jatuh cinta. Namun semunya berubah apabila Reanna bertemu Mikhail (Pierre Andre) yang sangat teruja untuk berkahwin dengannya.

X-factor dan peribadi yang terdapat dalam diri Mikhail akhirnya memikat hati Reanna, mampukan mereka menahan perasaan hati selepas berakhirna 3 temujanji? jangan lupa saksikan filem ini di pawangam berhampiran pada 5 April depan.

Melihat kepada filem ini, nampaknya mereka berdua iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin begitu profesional dalam melakukan kerja mereka. Walaupun pernah bergelar 'kekasih' satu masa dahulu, itu tidak menjadi penghalang dalam meletakkan komitmen yang tinggi untuk lakonan yang mantap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

Dicakar Pada : 20 Mar 2012 | Kategori: Berita Artis Tempatan| Filem| Filem Melayu Terbaru| Gambar| Gosip Artis Tempatan| Gosip Hiburan | (2) Komen |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan