Nuffnang

Sabtu, 7 April 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Individu Menyamar Jadi <b>Aaron Aziz</b>, Jual Ipad Guna Facebook <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 05:05 PM PDT

Asam garam kehidupan artis, pasti ada yang mengambil kesempatan.

Terbaru, Aaron Aziz menjadi mangsa apabila seorang individu yang tidak dikenali telah menggunakan laman Facebook dan menyamar menjadi pembantunya. Apa yang paling mengejutkan, individu tersebut telah menipu para peminat Aaron Aziz apabila dia mengatakan bahawa dia adalah pembantu peribadi pelakon filem "Ombak Rindu" itu.

Menurut Aaron Aziz dipetik dari Harian Metro, individu terbabit telah menawarkan 50 buah unit iPad pada harga murah untuk para pembeli dan sesiapa yang berminat mestilah meninggalkan nama dan nombor telefon di laman Facebook palsu itu. Aaron Aziz mendapat tahu berita ini selepas dimaklumkan isterinya.

"Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook." dipetik dari Harian Metro.

Aaron yang agak terkejut dan marah dengan kejadian itu memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan menyaman individu terbabit yang telah menggunakan namanya untuk menggelapkan wang orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan