Nuffnang

Isnin, 16 April 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


<b>Aaron Aziz</b> Nafikan Permohonan PR Sudah Lulus & Diyana Halik <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 06:50 PM PDT

Sekejap dapat sekejap tidak, sekarang risau pula permohonan akan menjadi lambat akibat berita palsu. Sedikit kontroversi kan tajuk OHBULAN! hari ini? Baca dahulu baru nilaikan ya.

Bagi yang tidak tahu, beberapa hari lepas kecoh di blog dan portal hiburan yang mengatakan Aaron Aziz sudah mendapat kelulusan untuk taraf permastautin tetap. Namun berita ini dinafikan Aaron Aziz hari ini di Berita Harian, sekaligus membuatkan para peminat kecewa dengan perkara ini.

Namun bagi Aaron Aziz, berita tersebarnya mengenai permohonannya yang dikatakan sudah diluluskan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyebabkan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2011 ini risau dengan status permohonannya yang masih dalam proses lagi.

"Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat. Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur." dipetik dari Berita Harian.

Jadi, untuk pengetahuan anda semua, Aaron Aziz masih lagi menunggu jawapan dari proses permohonan status penduduk permastautin tetap dan bukannya sudah diluluskan seperti yang kecoh sebelum ini.

Berbalik pada isu Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebelum ini, OHBULAN! dapat lihat bahawa ramai peminat yang menyokong Aaron Aziz dan keluarga melalui Twitter milik isteri Aaron, Diyana Halik.

Jadi, kita lupakan masalah nasionaliti, pelakon-pelakon semua haruslah lebih berusaha dan tunjukkan bakat masing-masing. Bukan mulut saja bercakap tapi kualiti entah kemana. Apa pun tak boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan