Nuffnang

Khamis, 26 April 2012

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


azzaque: .<b>Aqasha</b>

Posted: 26 Apr 2012 08:07 PM PDT

Aqasha budak lelaki biasa. Kadang-kadang terlepas jugak solat subuh. Kadang-kadang tertengok jugak aurat wanita. Senang cerita sebab status lelaki, hari-hari Aqasha buat dosa sampai sedih malaikat Atid menulis dosa Aqasha yg bersilih ganti.

Tapi Aqasha rasa ini semua sebahagian daripada proses tumbesaran. Growth "period". Dosa demi dosa yang buat manusia akan berfikir sampai buntu dan akhirnya one fine day semua orang akan kembali ke pangkal jalan.

 Aqasha teringat pula cerita common sewaktu dia bersekolah agama dahulu bagaimana seorang pelacur dimasukkan Allah ke Syurga kerana memberi minum anjing yang kehausan. Jadi Aqasha rasa semua orang akan melalui fasa jadi jahat and in the end of the day semua akan bertaubat, kembali ke pangkal jalan. Cuma yang membezakan kita semua masa bertaubat tu. Mungkin hari ni, esok , tahun depan atau 10 tahun akan datang.

 Jadi bagi Aqasha mungkin masa belum tiba untuk dia rasa solat itu bukan sekadar motion badan, belum lagi dia mengkaji bagaimana kekusyukan solat tu boleh buat orang lupa walau sesaat sekalipun masalah di luar. Bagaimana bila tertinggal satu waktu solat tu boleh buat orang rasa macam kena buang kerja dan duduk terpencil di satu bumi yang lain.

Dan macam-macam lagi rasa yang lain kalau iman tersemat erat di dada. Jadi, Aqasha menangguhkan tarikh usaha taubatnya pada masa yang dia sendiri tak tahu bila. Cuma sudah pasti dia ingin merasa kenikmatan hidup orang beriman. Hidup orang yg setiap masa Allah spend banyak masa untuk hambanya. Tarikhnya, entah bila.

 " Mangsa maut setelah dirempuh oleh kereta dari arah bertentangan yang dipercayai hilang kawalan" -Metro Ahad

Aqasha meninggal on the spot. Kawan baik tempat Aqasha selalu mengadu bersasa sedih dengan kehilangan Aqasha.

"Aqasha ada beritahu saya one fine day dia nak berubah tapi bukan sekarang, sy sedih dia tidak sempat untuk buat apa yang dia hendak buat" - Aqasha's best friend.

Sesungguhnya perancangan tuhan tu berjuta kali perfect dari perancangan hambanya.Qadaq dan Qadar yg Aqasha menemui ajal accident pun sudah lama tertulis.

Doa aku : "sejauh mana beza jalan permulaan hidup kita, sesimpang siur mana pertengahan hidup kita, aku mengharapakan semua pengakhiran yang baik untuk kawan-kawan sekalian".

*Kau ingat ini cerita dongeng?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan