Nuffnang

Isnin, 9 April 2012

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Anak hiperaktif <b>Azhar Sulaiman</b> turut dapat 5A

Posted: 17 Nov 2011 03:06 PM PST

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Leia Ixora tersenarai antara 85 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara di sini yang berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Lebih membanggakan kejayaan itu diperoleh ketika dia berhadapan dengan penyakit hiperaktif yang membuatkannya sukar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Menurut anak sulung pelakon Jimi Asmara itu, dia tidak menyangka akan mendapat keputusan tersebut kerana sewaktu peperiksaan percubaan hanya memperoleh 3A 2B.

"Keputusan itu tidak mematahkan semangat kerana saya berpegang kepada prinsip jangan terlalu memaksa dan menekan diri sendiri.

"Saya teruja dan gembira dengan apa yang saya peroleh hari ini walaupun disahkan penghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)," katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan peperiksaan itu hari ini.

Beliau menyifatkan ayah dan ibunya, Chempaka Emalin Pahamin sebagai tunjang kepada kejayaan, selain guru-guru yang tidak jemu mendidik dan memahami karakternya.

"Penyakit yang dihadapi menyebabkan saya tidak boleh duduk statik dalam tempoh lama. Namun syukur, semua pihak memahami keadaan dan situasi saya," katanya yang bercita-cita menjelajah dunia.

Sementara itu, seorang lagi murid cemerlang, Thea Irena Ramanathan gembira kerana segala penat lelah selama ini membuahkan hasil.

"Petua saya adalah nekad belajar bersungguh-sungguh dan fokus ketika pembelajaran di sekolah," ujarnya.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh para muridnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan