Nuffnang

Khamis, 12 April 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Sebagai Tun Dr Siti Hasmah

Posted: 12 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2012: Bersesuaian dengan bulan patriotik dan bersempena Hari Kemerdekaan tahun ini, pihak World Islamic Network Television Sdn Bhd (WINTV) bakal membawakan sebuah tribute Teater Tun Siti Hasmah.

Bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 30 Ogos sehingga 9 September ini, menariknya teater tersebut akan diterajui oleh pelakon Erra Fazira yang memegang watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pengerusi WINTV, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan berkata, dia yakin Erra Fazira merupakan pelakon yang tepat berikutan sebelum ini dia telah memegang watak Serikandi negara tersebut dalam teater Muzikal Tun Mahathir pada tahun 2010.

"Kami sebulat suara memililh Erra kerana sebelum ini dia berjaya membawakan watak Tun Siti Hasmah pada pementasan yang lalu.

"Sudah tentu saya rasa dia adalah orang yang sangat sesuai kerana dialah satu-satunya pelakon yang berpengalaman dalam menyelidik personaliti Tun Siti Hasmah," katanya dalam sidang media Teater Tun Dr Siti Hasmah, di Istana Budaya, kemarin.

Selain Erra Fazira, Khairuddin memberitahu dia dan seluruh pihak produksi turut mencadangkan Aaron Aziz untuk memegang watak Dr Mahathir, namun cadangan itu masih di peringkat perbincangan.

"Buat masa sekarang, Erra sahaja pelakon yang sudah kami tetapkan untuk membintangi teater ini.

"Pelakon-pelakon lain masih dalam peringkat perbincangan. Cuma kami ada terfikir untuk mengambil Aaron Aziz untuk membintangi teater ini," jelasnya lagi.

Apa yang pasti, teater tersebut bakal diarahkan oleh Adlin Aman Ramli dan Datin Paduka Umie Aida akan menyusun struktur tenaga kerja secara keseluruhan sebagai Pengarah Urusan WINTV.

Mengulas lanjut mengenai teater tribute itu, Khairuddin berkata teater tersebut akan mengupas mengenai sisi Siti Hasmah sebagai seorang wanita, ibu dan isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setahu saya, belum ada lagi penghargaan melalui pementasan sebegini untuk Tun Siti Hasmah, jadi ini adalah sebagai salah satu tanda penghargaan kepadanya atas sumbangan beliau selama ini," tambahnya.

Sementara itu, Adlin akui adalah satu cabaran yang berat untuknya menggalas tanggungawab sebagai pengarah teater tersebut.

"Bukan mudah untuk mengarahkan teater mengenai kisah peribadi tokoh yang agak pemalu dan merendah diri seperti Tun Siti Hasmah.

"Daripada luarannya sehaja kita lihat beliau tidak banyak memberikan eksperesi diri bila melakukan sesuatu.

"Namun saya ambil cabaran ini untuk mengupas segala kisah menarik yang mana ramai yang tidak tahu sifat dan sikap tersiratnya yang terselindung itu," jelasnya.

Tambah Adlin, selain Siti Hasmah, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan kajian mengenai diri beliau daripada ahli keluarga, sahabat karib selain fakta dari Arkib Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan