Nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Dutch Lady: <b>Faizal Tahir</b> Cipta Lagu Untuk Kontinjen Olimpik <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 08:17 PM PDT

Hari Susu Sedunia akan disambut lebih meriah pada tahun ini! Bagi meraikan sambutan kali ke-5 Hari Susu Sedunia, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) menjemput rakyat Malaysia menyertai usaha mereka dalam mengumpul 10,000 sorakan 'Go Malaysia, Go!' sebagai tanda sokongan kepada kontinjen Malaysia yang akan beraksi semasa sukan Olimpik di London. Usaha ini bertujuan untuk memecah rekod dunia Guinness bagi kategori 'Rakaman Sorakan Paling Banyak Gabungan Berkumpulan'!

Dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif "Drink More, Do More – 2 a Day", kempen mengumpul sorakan yang dilancarkan hari ini menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dengan cara menghantar sorakan menerusi laman Facebook Dutch Lady Malaysia. Kempen selama tiga minggu ini akan berakhir pada 15 Mei di mana acara kemuncaknya akan diumumkan oleh pihak Guinness World Records pada Ahad, 27 Mei bertempat di One Utama. Hari Susu Sedunia diwujudkan khas pada tahun 2001 oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan diraikan di seluruh dunia pada 1 Jun setiap tahun.

Dalam majlis yang sama, penyanyi terkenal Faizal Tahir turut hadir untuk menyampaikan lagu terbaharu ciptaannya yang bertajuk 'Go Malaysia, Go!'. Lagu tersebut akan disampaikan kepada kontinjen Malaysia sebelum mereka berlepas ke London pada Julai depan.

"Saya berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia. Ini adalah tahun kedua saya bersama Dutch Lady Malaysia untuk kempen Hari Susu Sedunia. Saya mencipta lirik lagu 'Go Malaysia, Go!' semata-mata untuk kontinjen Olimpik Malaysia dan berharap sumbangan kecil ini akan memainkan peranan besar dalam menaikkan semangat para atlet kita di London," kata Faizal.

Untuk menghantar sorakan 'Go Malaysia, Go!', sila ikuti langkah di laman Facebook Dutch Lady.

- Langkah 1: Rakam sorakan video 'Go Malaysia, Go!' individu anda. Video sepatutnya sepanjang tiga hingga lima saat.
- Langkah 2: Layari laman Facebook Dutch Lady Malaysia – http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk dan klik pada aplikasi 'Go Malaysia, Go!'
- Langkah 3: Hantar sorakan video 'Go Malaysia, Go!' bersama nama penuh (seperti yang tertera pada kad pengenalan anda/ atau pasport) beserta emel anda. Anda akan menerima emel sekiranya penyertaan anda layak, dan seterusnya akan dimuat naik di laman YouTube.
- Langkah 4: Penyertaan anda telah diterima!

Jadi, apa tunggu lagi? Mari rebut peluang anda sekarang!

Keluarga Tetap No 1 – <b>Faizal Tahir</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 24 Apr 2012 06:09 AM PDT

KELUARGA TETAP NO 1 – FAIZAL TAHIR
FAIZAL TAHIR MENITIKBERATKAN SOAL KESIHATAN ORANG TERSAYANG

Sungguhpun berbekalkan jadual yang padat serta masa bekerja yang tidak menentu, Faizal Tahir tetap tidak mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting dalam kerjayanya sebagai seorang artis.

Masakan tidak, sewaktu sesi penggambaran mahupun sesi bergambar bersama peminat, senyuman yang manis dan menarik pastinya menjadi aset penting dalam menyerlahkan kekuatan gambar tersebut.

02

Meskipun sibuk dengan kerja, selebriti sokongan bagi Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 ini tetap tidak melupakan keluarga dan anak-anak yang berada di rumah. Bagi beliau, sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul datang secara semulajadi. "Sungguhpun saya selalu pulang lewat malam, namun bila berkesempatan saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum mereka masuk tidur," ujar Faizal.

Faizal menggunakan pendekatan yang lembut dalam soal mengajar anak-anak tentang penjagaan gigi.

"Semua kanak-kanak termasuklah anak-anak saya sukakan makanan yang manis. Namun saya tidak menghalang mereka menikmati makanan tersebut, cuma saya tegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak bagus untuk gigi,". Faizal turut mendedahkan bahawa melalui kempen Bulan Kesihatan Mulut tahun ini yang bertemakan 'Misi Kami; Kaviti Sifar' ini, anak-anaknya mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh tentang teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

Matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Start Early, Healthy Mouth for a Healthier Life (Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat) turut diselarikan dengan tema kempen yang telah pun memasuki tahun kesembilan ini. "Melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya cuba menyebarkan kepada orang ramai tentang peluang mereka untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma melalui klinik-klinik di bawah naungan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia."

"Saya sedar betapa pentingnya pemeriksaan gigi dalam memastikan mulut saya dalam keadaan yang baik. Sukar untuk saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang ketat dan kerana itulah saya berada di sini hari ini, bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, tetapi juga kepada diri sendiri," kata beliau.

Faizal turut menyuarakan sokongan untuk usaha Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan yang bertujuan menekankan pendidikan seawal mungkin bagi penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

"Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membabitkan diri dalam program ini kerana melaluinya saya boleh berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak."

01

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • Faizal Tahir Kemalangan di Lebuhraya Penchala Link
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan