Nuffnang

Jumaat, 27 April 2012

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b>, Jejai Selamat Disatukan

Posted: 27 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Email: zyzamani22@gmail.com

KUALA LUMPUR, 27 April 2012: Dalam suasana yang romantis, di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara, aktres popular Fasha Sandha,28 selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36, di sini malam ini.

Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha dan Jejai sah menjadi suami isteri sekitar jam 9.45 malam.

Pasangan telah pun dinikahkan oleh bapa kandung Fasha sendiri, Hassan Mohaideen bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin RM8,888.88.

"Saya bersyukur segalanya telah selamat berlangsung dengan baik. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya kami selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan mas kahwin iaitu sebanyak RM 8888, Fasha memberitahu angka tersebut merupakan nombor kegemaran suaminya.

Enggan mendedahkan wang hantaran, Fasha telah menerima, tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note.

Manakala sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini.

Mengulas mengenai pertukaran lokasi pernikahannya yang dijadualkan sebelum ini di kediamaannya kata Fasha, situasi tersebut berlaku kerana untuk memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

"Memang pada asalnya kami hendak buat di rumah saya, namun saya rasa ruang di rumah sempit akan membuatkan tetamu tidak selesa. Maka kami memilih hotel ini sebagai lokasinya agar dapat menjemput ke semua tetamu yang penting untuk hadir di majlis ini, "ucapnya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terpilih sahaja iaitu keluarga kedua-dua belah pasangan iaitu kedua ibu bapa kandung Fasha, ayah tirinya Mohd Faisal, ayah Jejai, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, teman rapat, rakan artis dan wakil media. Antara rakan artis yang hadir ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar.

Majlis diserikan oleh Linda Onn selaku pengacara. Mula berkawan secara rapat sejak empat tahun lalu, sifat matang dan bertanggungjawab yang dimiliki Jejai, akhirnya membuka pintu hati pelakon kelahiran Johor Bahru tersebut untuk menerimanya sebagai pasangan hidup.

Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Fasha dan yang kedua buat Jejai. Sebelum ini, Jejai telah pun mendirikan rumahtangga bersama pelakon Nora Danish dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli, 3.

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan <b>Fasha Sandha</b> Dan Rizal <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 05:04 AM PDT

Oleh kerana kami tidak mempunyai akses sah ke majlis akad nikah Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) malam ini, maka kami akan lakukan yang terbaik untuk bawakan gambar terkini sekitar majlis yang berlangsung malam ini.

Majlis pernikahan eksklusif Fasha Sandha & Rizal Ashram yang lebih melibatkan keluarga dan teman teman rapat berlangsung di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur bermula sekitar jam 8.30 malam tadi — dan resepsi mereka bakal berlangsung di Indonesia.

UPDATE-1: Linda Onn merupakan pengacara untuk majlis pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram malam ini dan ya, pengantin perempuan nampak anggun dalam persalinan rekaan duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

UPDATE-2: Fasha Sandha akan di'nikahkan sendiri oleh ayah kandung beliau di'majlis malam ini.

UPDATE-3: Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha & Rizal Ashram sah bergelar suami isteri. Lafaz kali pertama terbatal kerana terlupa menyebut sen.

Kredit Foto: @sultanmuzaffar, Rizman Ruzaini, @NatrahNottyNutt, @MediaHiburan, GUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan