Nuffnang

Jumaat, 27 April 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Bakal Bernikah 31 Ogos Ini? | OHBULAN!

Posted: 03 Jan 2012 03:48 PM PST

Hangat dengan watak Melly dalam drama Tentang Dhia, Izreen Azminda yang dihubungi OHBULAN! semalam mengesahkan bahawa dia akan mengakhiri zaman solonya pada 31 Ogos 2012.

"Dalam 31 Ogos, Insyaallah," ringkas jawapan Izreen.

Khabar baik ini diberitahu selepas 2 hari Izreen Azminda dan Muhamad Riza melangsungkan majlis pertunangan mereka di Alor Setar, Kedah.

Harap rancangan pelakon wanita ini akan termakbul dan pihak OHBULAN! lagi sekali mendoakan kebahagiaan bakal pengantin baru ini.

<b>Izreen Azminda</b> & Muhamad Riza Bertunang 1 Januari Lepas <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 02:54 AM PST

Pernah mengaku bercinta dengan pelakon drama sensasi, Johan Asari, Izreen Azminda yang sedang meningkat naik dengan beberapa drama lakonannya telah sah bertunang bersama Muhamad Riza di Alor Star, Kedah pada 1 Januari lepas.

Izreen Azminda yang mula dikenali melalui watak yang dibawanya di dalam drama Juvana sebelum ini pernah mengaku dia dan Johan Asari pernah bercinta tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Johan atau lebih dikenali sebagai Botak Juvana.

Namun, segala gosip liar ini beransur hilang setelah Izreen mengumumkan bahawa dia akan mengikat tali pertunangan dengan Muhamad Riza. Tidak berhenti disitu, khabar angin turut tersebar mengatakan bahawa sebelum ini Muhamad Riza pernah mempunyai anak luar nikah dan menggugurkan kandungan teman wanitanya seperti yang diuar-uarkan di beberapa laman gosip tempatan.

Tidak mahu menuduh sesiapa, OHBULAN! harapkan bahawa tali pertunangan Izreen Azminda dan Muhamad Riza akan berkekalan dan ke jinjang pelamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan