Nuffnang

Jumaat, 27 April 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


ABPBH 2011: <b>Maya Karin</b> & Aaron Aziz Kaut Anugerah Pelakon <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 01:22 AM PDT

Betul kata orang, filem Ombak Rindu memanglah filem yang benar-benar memberi impak besar terhadap industri perfileman.

Buktinya, acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang berlangsung semalam di Arena Of Stars, Genting Highland telah menyaksikan Anugerah Pelakon Filem Wanita & Lelaki Popular masing-masing dikaut oleh aktor dan aktress utama Ombak Rindu.

Aaron Aziz ketika ditemui OHBULAN! semalam selepas berakhirnya anugerah berprestij ini telah menyatakan kesyukuran dan terima kasihnya pada penyokong, Aaronators FC.

"Pertama sekali, saya rasa lega tidak menghampakan Aaronators, saya hargai jasa mereka," jelas Aaron memulakan perbualan.

Ditanya perasaannya selepas memenangi 2 anugerah iaitu Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular, Aaron Aziz memberitahu bahawa dia sebenarnya takut untuk memenangi kedua-dua anugerah itu kerana takut orang akan lebih berharap padanya.

"Sudah tentu Aaron bahagia, tapi takut juga sebab kalau orang menang ni, nanti banyak tanggungjawab. Kata orang, cepat naik cepat turun. Jika kemenangan ini yang akan menjatuhkan Aaron, Aaron lebih rela tak menang apa pun," luah Aaron.

Apa yang pasti, Aaron Aziz bakal mengadakan sesi berjumpa peminatnya tidak lama lagi dan yang paling diutamakan Aaron ialah Aaronators FC. Namun begitu, masih belum dipastikan lagi bilakah tarikhnya. Harap para peminat Aaron boleh bersabar ya.

Dalam pada itu, Maya Karin yang turut merangkul Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular turut menyatakan rasa kesyukurannya dan berhasrat akan memberikan lakonan yang terbaik untuk semua peminatnya selepas ini.

Yang pasti, Maya Karin telah menyuarakan hasratnya bahawa dia sangat-sangat teringin untuk memegang watak seperti "Warrior Princess".

"Saya teringin nak jadi 'warrior princess' dan bawakan watak seorang wanita yang mampu berlawan dan memegang pedang," ujar Maya kepada OHBULAN!

Jadi, pengarah-pengarah diluar sana, apa tunggu lagi? Mungkin sudah tiba masa Malaysia mempunyai sebuah filem seperti filem 300 ataupun Troy tetapi mengetengahkan wanita sebagai aktress utama, bagaimana?

Kredit Foto : NST

<b>Maya Karin</b> Hiasi EH! Mei 2012, Sendiri Tetapi Tidak Sunyi |

Posted: 20 Apr 2012 04:04 AM PDT

Sebelum apa-apa Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Maya Karin kerana berjaya menggondol Anugerah Pelakon Filem Wanita Paling Popular ABPBH2011 baru-baru ini. Rasanya semua orang tahu yang sudah agak lama Maya Karin bergelar janda selepas perkahwinannya sebelum ini gagal. Buat masa ini, Maya Karin masih sendiri. Namun dalam kesendirian, ternyata Maya Karin tidak sunyi.

maya karin eh

Jangan lupa dapatkan majalah EH! Mei 2012 untuk berita penuh tentang apa yang dimaksudkan oleh Maya Karin sebagai sendiri tetapi tidak sunyi. Bagi Abang Nara cover majalah EH! kali ini agak menarik dan lain daripada yang lain. Apa kata anda?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan