Nuffnang

Rabu, 11 April 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Anugerah Sri Perak – <b>Shaheizy Sam</b> - Gua.com.my

Posted: 07 Apr 2012 08:16 AM PDT

Pesona Bintang

Bakat anak muda ini memang sudah boleh ditelah sejak beliau mula berkecimpung dalam dunia lakonan seawal usia kanak-kanak lagi. Seiring dengan perkembangan dunia perfileman tanahair, nama Shaheizy Sam mula mendapat tempat dalam industri hiburan negara. Berbekalkan bakat lakonan yang pelbagai dengan kemampuan membawakan pelbagai jenis watak dengan berkesan, tidak keterlaluan dikatakan Sam merupakan antara pelapis dunia seni tanahair.

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak menjadi nashkah pertama yang menampilkan beliau sebagai teraju utama. Beri sahaja apa watak kepada Sam, nescaya beliau mampu menggalas tanggungjawabnya dengan baik. Adnan Sempit memperlihat sisi sebenar Sam di mana karakter Adnan sebagai seorang pelumba motor jalanan 'menjadi' di tangan Sam. Hasilnya, filem tersebut mencatat kutipan yang tinggi dan mendapat maklumbalas yang begitu baik dari penonton sehingga diteruskan sekuelnya.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 menjadi kemuncak kegemilangan pelakon berusia 30 tahun ini. Siapa sangka, populariti yang diraih berkat usaha gigih beliau membuahkan hasil. Pentas Arena of Stars, Genting Highland menobatkan Sam sebagai Bintang Paling Popular 2010. Tahun ini, Sam sekali lagi tercalon dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular bersama-sama 4 finalis yang lain. GUA berpeluang mendekati jejaka yang akan muncul dalam filem '8 Jam' ini menjelang debaran ABPBH 2011 Ahad ini.

Gua     :    Apakah perkembangan terkini Sam?

Sam    :    Buat masa ini Sam masih aktif dalam dunia lakonan dan sedang dalam proses pengambaran filem Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee. Sam juga tak sabar menunggu debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2011 yang akan berlangsung Ahad ini.

Gua    :    Bagaimanakah Sam melihat 25 tahun penganjuran Anugerah Bintang Popular                 Berita Harian dalam industri hiburan tanahair?

Sam    :    Pada pandangan Sam, ABPBH merupakan sebuah acara yang cukup berprestij. Ia adalah hari istimewa di mana peminat diberikan peluang untuk mereka beri penghargaan kepada artis kesayangan mereka dan dalam masa yang sama menjadi platform untuk maki para artis bermesra dan menghargai peminat yang selama ini menyokong karier seni kami.

Gua    :    Apakah persiapan Sam menjelang malam kemuncak ABPBH 8 April nanti?

Sam    :    Apa yang paling Sam tunggu selain dari bersama artis lain memeriahkan ABPBH ialah masa bertemu peminat sendiri. Dari aspek pakaian pula, Alhamdulillah tahun ini Sam diberi peluang untuk menggayakan sut tajaan Lord's Tailor.

Gua    :    Apakah kenangan yang Sam tak dapat lupakan sepanjang terlibat dengan ABPBH             selain dari mengungguli kategori Bintang Paling Popular?

Sam    :    Antara saat yang Sam takkan lupakan ialah bila Sam tengok 'mummy' Sam gembira. Bila nama Sam disebut ketika itu, tiada kata lain yang dapat menggambarkan perasaan Sam ketika itu. Sam rasa sangat dihargai.

Gua    :     Kalau diberi peluang bertanding untuk satu kategori lain selain dari kategori yang Sam pernah terlibat, Sam ingin sekali bertanding dalam kategori yang mana dan mengapa?

Sam    :     Penyanyi Lelaki Popular. Sebenanrnya, Sam memang ada minat nak jadi penyanyi sejak dari kecil lagi  tapi tak tahulah macam mana minat tu boleh berubah ke arah lakonan.

Gua    :    Siapakah pilihan Sam untuk bergelar Bintang Paling Popular tahun ini?

Sam    :    Ada beberapa nama yang Sam rasa ada peluang yang besar seperti Aaron Aziz, Zizan Razak dan juga Shila Amzah. Tapi secara keseluruhannya, semua finalis pun ada peluang yang sama untuk membawa gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan