Nuffnang

Sabtu, 12 Mei 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Aliff Aziz</b> Lebih Matang Untuk Album Terbaru - Gua <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 09:00 AM PDT

Selepas muncul dengan album 'Alif' dan 'It's Aliff's Time', penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang, Aliff Aziz kini muncul dengan album ketiganya berjudul, 'Aliff Aziz'. Walaupun masih mengekalkan konsep Pop seperti mana album-albumnya yang terdahulu, namun album terbitan Sony Music ini menampilkan sisi kematangan Aliff yang sudah lima tahun berkecimpung dalam bidang seni muzik.

"Album pertama dan kedua menyaksikan saya masih mencari identiti sebenar di mana saya memuatkan pelbagai jenis genre lagu dalam album lalu. Walaupun masih menetapkan arah tuju yang sama iaitu Pop bagi album terbaru ini, namun untuk menunjukkan kematangan, saya turut menyelitkan unsur Balada dalam album ini," ujar Aliff ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya di The Bee Publika, Solaris Dutamas, petang tadi.

Album yang diterbitkan oleh Zimi Sofazr dan Azlan Abu Hassan ini memuatkan 8 buah lagu dan 2 minus one antaranya Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Sudah Nasibku, Cinta Dusta, Hanya Lagu, Nada Cinta dan Dilema Cinta duet bersama Hao Ren. Ditanya apakah cabarannya menghasilkan album ini, Aliff memberitahu terpaksa membahagikan masanya dengan bidang nyanyian dan juga lakonan.

"Saya kini terlibat dengan bidang lakonan jadi ini merupakan satu cabaran baru buat saya. Saya kena jaga waktu di studio dan juga di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan,  saya memang rasa penat sangat, namun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya bersyukur kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan segala proses rakaman lagu dan klip video dalam masa tiga minggu lebih saja."

Ditanya tidakkah tiga minggu terlalu cepat untuk menyiapkan sesebuah album di mana tidak seperti artis lain yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan album, Aliff memberitahu, "Dulu masa album pertama, saya hanya mengambil masa selama 12 hari saja untuk menyiapkan album saya. Saya terpaksa bekerja keras dari pagi hingga lewat malam setiap hari, untuk menyiapkannya. Walaupun nampak agak terburu-buru, namun tidak bermaksud saya tidak mementingkan kualiti untuk album saya. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya dan saya harap peminat dapat menerima album terbaru saya
ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan