Nuffnang

Jumaat, 4 Mei 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> buat konsert amal di Seremban | Naziman

Posted: 07 Apr 2012 07:41 PM PDT

Saya tertengok poster konsert amal Jamal Abdillah di Seremban waktu nak balik rumah dah. Tengok-tengok Jamal. Pujaan saya. Lagenda tanah air Malaysia. Tapi sekali tengok harga tiket, tak jadi la pergi. Hahaha

Jamal Abdillah buat konsert amal di Seremban muzik  jamal abdillah penghibur tanah air buat konsert amal

Siapa lagi tak kenal lelaki kacak Jamal Abdillah? Orang yang tak kenal Jamal Abdillah ni, kemungkinan besar orang yang terlalu moden. Remaja-remaja. Jamal Abdillah ni di kira lagenda tanah air juga. Walaupun dia ada sejarah hitam. Tapi bagi saya itu sejarah. Yang pentingnya, sekarang. Dia banyak berubah.

20 tahun Jamal bercinta dengan dadah. Memang sakit nak lepaskan. Beberapa bulan lepas. Saya ada terbaca tentang Jamal ni. Dengar-dengar sekarang Jamal masih dalam proses berhenti. Lupa dia kat mana sekarang. Yang penting, kalau lelaki kacak ni terasa nak hisap dadah ja, dia akan ke penjuru bilik dan azan sekuat-kuatnya.

Kuat sungguh azam lelaki kacak lagenda tanah air ni. Saya sokong Jamal selagi dia ingin berubah. Dan terus menghiburkan kami. Kalau Jamal tak sentuh najis negara tu, saya percaya jamal akan mendapat gelaran dato' yang legit. Sebab kenapa saya cakap legit. Sebab dengar-dengar gelaran dato' sekarang boleh di jual beli. Orang yang tak patut dan ada sejarah hitam pun masih boleh dapat gelaran dato.

Bukan nak cerita hal politik. Nanti tak pasal-pasal saya di saman. Tapi ini yang saya dengar-dengar. Kalau betul, betul la. Kalau salah, anggap la info saya dapat tipu, jadi saya pun tipu kamu semua juga. Hahaha.

Tengok tu dah panjang melalut. Ini la sebenarnya masalah saya ni. Sepatutnya cerita tentang konsert amal Jamal Abdillah di Seremban. Tapi terpesong jauh pula.

Jamal Abdillah buat konsert amal di Seremban muzik  konsert amal lelaki kacak jamal abdillah seremban

  • Konsert amal bersama Jamal Abdillah
  • Tempat : The Royale Bintang Seremban Dewan Seri Negeri
  • Tarikh : 27 April 2012
  • Masa : 8.30 Malam
  • Harga Tiket : RM 300, RM 150, RM 80
  • Jualan Tiket : Saya tak nak taip, boleh tengok gambar. Nanti kamu bagi spam kat nombor telefon dorang pula. Saya yang berdosa. hehe. Tiket juga boleh didapati di pejabat jualan hotel The Royale Bintang Resort & Spa.

Mengikut hasil kajian sedikit. Konsert lelaki kacak pelakon versi asal filem Azura ni akan di adakan selama dua jam. Kenapa di sebut konsert amal? Sebab konsert ini bertujuan mengutip derma bagi Rumah Seri Kenangan, Seremban.

Tak rasa mahal ka RM 300 tu? Ini sebab, bagi yang membeli tiket RM 300 berpeluang bersama Jamal pada satu jamuan lewat malam selepas konsert tu. Memang terbaik la. Kalau boleh bergambar lagi. Puas hati la. Konfom bapa saya cemburu kalau tengok.

Bapa saya peminat setia Jamal juga. Mengikut kata mak saya, filem versi asal Azura. Yang Jamal berlakon tu. Bapa saya tonton hampir 42 kali tak silap. Hahaha.

Jamal Abdillah buat konsert amal di Seremban muzik  lelaki kacak jamal abdillah buat konsert amal

Jadi bagi yang pergi tu, kongsi-kongsilah gambar ka video waktu konsert amal Jamal ni. Nak tengok juga. hehe

Penulis :

Naziman Azlye adalah pengasas dan penulis tetap di blog naziman.com. Antara kategori yang banyak di kongsikan ialah blogging, teknologi dan isu semasa. Di samping itu, dia tetap kongsikan kategori lain juga mengikut keperluan dan mood.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan