Nuffnang

Jumaat, 25 Mei 2012

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Dinasihatkan Berehat Untuk Hamil

Posted: 24 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photogrpahy

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2012: Tujuh bulan mendirikan rumahtangga, pelakon, Memey Suhaiza akui sudah bersedia dan teruja untuk menimang cahaya mata bersama suami, Norman Hakim.

Namun keinginan tersebut seperti sukar untuk diteruskan kerana Memey Suhaiza memberitahu sejak berkahwin dia tidak berhenti menerima tawaran berlakon sehingga kini.

Walaubagaimanapun Memey Suhaiza berkata, dia telah dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan aktiviti seninya dan banyak berehat bersama suami untuk mudah hamil.

"Alhamdulilah, sejak berkahwin rezeki saya murah dan saya tidak berhenti memenuhi tawaran berlakon.

"Oleh itu, sejak berkahwin kami kurang ada masa bersama disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja. Saya akui memang tidak cukup rehat.

"Cuma minggu lalu sahaja saya dapat berehat selama dua minggu. Itu pun selama bercuti, saya ikut Norman pula pergi bekerja.

"Justeru, mungkin kerana kesibukan itu, saya sukar untuk hamil kerana menurut doktor, saya perlu banyak berehat dan tenangkan fikiran," katanya yang ditemui di majlis makan malam Sambutan Hari Ibu bersama Rafflesia The Pearl Centre di Hotel Royal, malam semalam.

Memey dan Norman telah diijabkabulkan oleh Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Kahwin, Mohamed Zulkipli Tarmizi di kediamaan pelakon wanita tersebut di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi pada 24 September lalu.

Bagi memberi laluan kepada persediaan menimang cahaya mata, Memey berkata dia akan memperlahankan aktiviti seninya selepas ini.

Sungguh pun begitu, Memey berkata Norman pernah meluahkan hasrat meminta dia berhenti serta merta daripada berlakon dan menjadi pembantu peribadi sepenuh masa.

"Ketika saya bercuti selama dua minggu, kami banyak menghabiskan masa bersama. Dia (Norman) ada menyatakan hasratnya supaya mahukan saya sentiasa menemaninya dan berhenti daripada berlakon.

"Dia kata lebih baik saya berhenti terus dan meluangkan banyak masa bersamanya.

"Namun, saya masih pertimbangkan lagi permintaanya kerana saya sudah selesa dan minat dalam bidang ini.

"Mungkin saya tidak berhenti terus tetapi hanya memperlahankan sahaja aktiviti seni saya, bagi meluangkan lebih masa bersamanya," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Memey yang baru sahaja pulang dari Korea untuk penggambaran drama Mizan Cinta kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Udin Glamor untuk RTM.

<b>Memey Suhaiza</b> ingin cepat timang anak - Tupai

Posted: 25 May 2012 01:30 AM PDT

Pelakon dan isteri kepada aktor Norman Hakim, Memey Suhaiza mengakui dirinya kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata setelah hampir tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga.

"Bila melihat sekarang ni ramai rakan artis yang baru mendirikan rumahtangga dan sudah berbadan dua, terdetik juga rasa risau di hati. Saya pun tak sabar juga sebenarnya.

"Saya tidak merancang, sebaliknya saya serahkan semua pada rezeki Allah. Saya terima cepat atau lambat," akuinya ketika ditemui di majlis Makan Malam Rafflesia Raikan Hari Ibu Bersama 20 Selebriti di Hotel Royal, Rabu malam.

Malah menurut Memey, sekiranya diberikan rezeki, dia seboleh-bolehnya menginginkan sepasang anak kembar sebagai penyeri rumah tangganya serta memenuhi kehendak ketiga-tiga anak tirinya, Mohamed Danish, Marissa Damia dan Maria Danisha.

"Anak-anak selalu bertanyakan pada saya "bila mummy nak ada baby", dan itu buat saya lagi bertambah risau. Malah ketiga-tiga mereka berebut nak adik perempuan, seorang lagi nak adik lelaki. Alang-alang dah berebut, saya berdoa agar diberikan sepasang anak kembar. Senang, masing-masing menang," ujar Memey berseloroh.

Melihat pada kemunculannya yang jarang dilihat selepas mendirikan rumahtangga, mula timbul spekulasi bahawa dirinya kurang popular selepas berstatus isteri. Memey walaubagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Ya, saya jarang muncul di khalayak ramai atau menghadiri jemputan-jemputan majilis kerana selepas kahwin, saya tak berhenti menjalani penggambaran. Tiada bulan madu, terus bekerja. Saya baru habis cuti dua minggu dan sekarang sudah sambung kerja semula.

"Sepanjang cuti dua minggu tu, saya jadi suri rumah sepenuh masa, ikut suami menjalani penggambaran sana sini, sebab suami lebih suka saya ada di sisinya selalu. Jadi masa yang ada tu sahajalah digunakan untuk kami berdua," ujar Memey yang tetap menyediakan makan malam untuk suaminya walau sesibuk mana pun dengan penggambaran.

Ditanya apakah dia berniat untuk berhenti daripada bidang lakonan, Memey berkata, "Suami ada menyatakan keinginan untuk meminta saya berhenti, jadi pengurus dia kerana dia lagi selesa ada saya di sisi. Namun saya katakan pada suami agar memberi saya masa. Kalau nak berhenti pun, biarlah secara perlahan-lahan.

"Bayangkanlah ketika cuti dua minggu tu, bila tengok televisyen dan terpandang kawan-kawan berlakon, jiwa saya terus meronta-ronta nak kerja. Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya kalau berhenti berlakon secara mendadak. Oleh itu, berilah saya masa dulu," ujar Memey yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 13 episod, "Udin Glamor" arahan Din Glamor yang akan ditayangkan di saluran RTM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan