Nuffnang

Ahad, 20 Mei 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> – Angin Syurga | TekanPlay

Posted: 19 May 2012 09:52 PM PDT

Tajuknya sahaja sudah menampakkan puitisnya lagu ini. Lagu ini merupakan single terbaru Misha Omar yang bakal dimuatkan dalam album beliau yang akan datang. Hasil gabungan minda duo dinamik M. Nasir dan Budi Hekayat yang baru sahaja meraih Anugerah Juara Lagu ke 26, Angin Syurga mengekalkan konsep balada pop yang memang menjadi makanan Misha.

Lagu ini mempunyai kekuatan dari sudut persembahan vokal Misha yang gemersik. Sebagai seorang vokalis, Misha tahu untuk menjiwai sesebuah lagu dan menzahirkan emosinya dengan lontaran yang penuh dinamik. Ramai penyanyi yang boleh menyanyi, namun sukar mencari sesorang yang mempunyai nada suara sebegini.

Selain itu lagu ini turut diindahkan dengan susunan muzik yang mantap. Ada beberapa bahagian dalam lagu ini mempunyai iras lagu-lagu balada 80an yang pernah dicipta oleh Dato' M.Nasir untuk Allleycats misalnya. Dek kerana itu, rasanya Angin Syurga mampu membangkitkan semula populariti Misha sekiranya diberi peluang oleh pendengar. Ini kerana ia mempunyai potensi untuk menjadi  muzik malar hijau yang amat sinonim dengan Dato' M. Nasir.

Biarpun ia bukan contoh kesegaran muzik yang didahagakan oleh golongan muda masa kini, ia pasti mampu menambat para peminat lagu balada sedia ada. Baris susunan ayat yang cantik hasil nukilan Budi juga memperkuatkan keyakinan bahawa beliau adalah antara penulis lirik yang berkaliber masa kini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan