Nuffnang

Selasa, 1 Mei 2012

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Kereta Mayat: <b>Najwa Latif</b>- lagu Bunuh diri?

Posted: 09 Apr 2012 01:00 AM PDT

("Salam tuan keretamayat, bagaimana caranya kita nak respon FB kawan kita yang menulis, aku mahu bunuh diri?")

Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semuanya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya..

HAK tu yang patut dapat HAK ni, Hak ni yang patut dapat HAK tu, sebab tu HAK depa semua dapat HAK tu dan HAK ni, HAK ptuih! (pening kepala aku..)

Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di 'pecah-kecilkan' ..

Sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana

Kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...

1.HARTA-Hak waris bila kita menjadi mayat.

2.JASAD-Hak ulat bila kita menjadi mayat.

3.AMAL BAIK-Hak orang yang kita khianati,sakiti, kalau kita tiada amal baik, maka DOSA mereka manjadi HAK kita..oh!

4.NYAWA-Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila-bila masa, dan Allah Murka pada orang  yang membunuh dirinya sendiri kerana nyawa adalah Hak Allah

Ops! Nanti dulu, Kejap!, jangan copy paste atau sharing lagi di FB akan nasihat aku di atas lalu post di wall FB orang yang manu bunuh diri, nasihat itu berguna untuk peminat aku, tapi untuk mereka yang sedang mahu bunuh diri, silap haribulan, terus bunuh diri dengan nasihat yang keras dan kasar macam tu..
Orang yang nak bunuh diri kena nasihat elok elok..

Tapi Maaf Sangat-Sangat! . sebab aku tak de pengelaman pujuk orang yang nak bunuh diri, maka aku bukan tempat yang sesuai untuk jawab soalan ni, pergi tanya orang lain bab bagaimana mahu pujuk orang bunuh diri, aku takde pengalaman, setakat pengalaman pujuk bini merajuk adalah sikit sikit, itupun tak sesuai untuk dijadikan panduan sebab terlalu lucah, woha!

Nasihat ringkas aku dalam bab rakan FB anda menulis di Wall "aku mahu bunuh diri", seelok-eloknya jangan terus tekan button "like", sebab takut bila ramai yang 'like', kawan kau tu fikir dalam hati, alamak, ramai orang suka aku mati rupanya, lalu bunuh diri merata rata - susah jugak!

Jika korang marah dia, aku rasa lagi cepat mereka bunuh diri, jadi susahlah bab ni, pakcik takde pengalaman, jadi tolong tanya doktor pakar bab pujuk orang merajuk, pakcik tak tahu..

Nak tulis tazkirah takut dia bosan pulak, boleh sahaja jika korang nak letak ayat Al quran..
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)

Atau hadith dari Nabi yang berbunyi: "Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian mati bunuh diri, maka di neraka, dia akan (di azab) menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi itulah, kalau dia ada iman, tentu dia tak bosan dengar Al quran dan hadith macam korang semua, tapi orang yang nak bunuh diri ni biasanya iman dah rosak, tu yang nak mati tu, dah tak takut azab Allah di akhirat sebab iman dah rosak..oh..

Jadi, mintak maaf sebab tak dapat jawab soalan ini.

Namun, untuk tidak menghampakan korang, aku edit satu lagu untuk orang yang mahu 'bunuh diri', tapi aku tak galakkan korang share lagu ini kepada mereka yang betul betul mahu bunuh diri, share sahaja di kalangan 'kita-kita' sebagai pereda ketegangan agar terbatal niat kita yang mahu mati bunuh diri sebelum terbit akan niat itu nanti.., wow, puitisnya ayat aku.

Aku rasa soalan ni patut di ajukan kepada pihak polis yang pernah berhadapan dengan pengalaman memujuk penjenayah yang mahu bunuh diri atau bertanya kepada pihak bomba yang ada pengalaman sambut orang terjun bangunan yang mahu bunuh diri,

Jika korang tanya keretamayat?

Pengalaman kutip mayat orang bunuh diri sahajalah yang ada...

Sebagai  penutup kelemahan diri ini..

Terimalah lagu edit yang bertajuk "Bunuh diri" yang di parodykan dari Lagu "Carta Hati" nyanyian Najwa Latif.

Lirik Lagu Bunuh diri- (lagu asal: carta Hati-nyanyian:-Najwa Latif)
Melihat mayat mu aku rebah
Tapi hati ini anggap kau bergurau
Namun terbukti Kau mati bunuh diri
dan menunggu untuk berulat
Masuk neraka selama lamanya
jangan engkau jangan mati
jangan mati dengan bunuh diri
Terus kau merana di azab tak mati mati...
Ps: Maaf sebab suara yang tak sedap – takut korang terus bunuh diri pulak-woha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan