Nuffnang

Jumaat, 11 Mei 2012

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


<b>Tomok</b> Tak Cukup Sasa Dalam Mantera

Posted: 10 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2012: Kebanyakan pelakon yang memegang watak hero selalunya berbadan sasa dan juga tegap. Namun tidak buat penyanyi Tomok atau Syah Indrawan Ismail yang menjadi hero menerusi filem Mantera yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

Namun Tomok yang mengaku tidak memiliki sifat itu berkata, dia tidak akan mengambil kira perkara tersebut sebagai kelemahannya untuk memegang watak hero.

"Saya sedar akan perkara itu. Namun tidak mengapa kerana dalam Mantera saya akan ubah persepsi penonton bahawa tidak semestinya hero perlu berbadan sasa.

"Bagi saya, fizikal tidak penting kerana yang penting keupayaan seseorang pelakon untuk menjayakan watak tersebut," katanya selepas tayangan perdana Mantera di GSC Gardens, di sini semalam.

Memegang watak hero robotik, Tomok digandingkan dengan pelakon, Shikin Kamal menerusi filem aksi robotik yang diterbitkan oleh Flare Studios Sdn Bhd.

Filem yang menggabungkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Rusia dan Dubai itu turut menampilkan pelakon-pelakon dari negara tersebut seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojlin (Rusia), Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Pertama kali berlakon dan memegang watak utama dalam Mantera, Tomok akui sangat berpuas hati dengan lakonannya.

"Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan hasil filem ini sebagai seorang yang baru berjinak dalam bidang lakonan.

"Saya harap peminat filem boleh menerima dan menyokong filem dan lakonan saya ini kali ini.

"Terus-terang, saya amat teruja untuk menunggu ianya ditayangkan kerana sudah dua tahun filem ini siap dihasilkan.

Filem yang diarahkan oleh Mohd Aliyar Ali ini mengisahkan mengenai konflik kumpulan rahsia Dark Legion yang membangunkan Mantera (Man Transformable Exo-Robotix Armor) iaitu motosikal yang boleh berubah menjadi perisai robotik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan