Nuffnang

Isnin, 4 Jun 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Pra Dengar Single Terbaru <b>Awi Rafael</b> ASALKAN AKU OK | Sensasi <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2012 07:17 PM PDT

CURI – CURI DENGAR ALBUM AWI RAFAEL & SINGLE TERBARU "ASALKAN AKU OK"

Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan yang sebelum ini popular dengan hasil karyanya seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta" kini muncul lagi dengan album baru! Walaupun baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan, beliau telah berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air apabila namanya tersenarai dalam pencalonan "Artis Baru Lelaki Popular" dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012!

Bakat beliau yang begitu terserlah juga telah menarik minat pihak penganjur apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi artis pembukaan kepada persembahan artis antarabangsa, Dashboard Confessional pada awal tahun ini.

Sebagai seorang artis yang serba boleh, Awi Rafael tidak pernah mensia-siakan bakatnya. Dalam masa terdekat ini, beliau bakal muncul dengan album baru yang akan memuatkan kesemua 8 lagu ciptaan beliau. Seperti lagu-lagu beliau sebelum ini, hasil karya Awi Rafael tentunya tidak akan menghampakan. Lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini adalah antara "Hari-Hariku", "Lebih Berat Dari Surga", "Asalkan Aku OK", "Kalista", "My Baby You", "Elvis", "Satu Peluang Sahaja", "Siapa Yang Sempurna" dan "Dewa-Dewi".

Terbaru, Awi Rafael kini muncul dengan single terbaru bertajuk "Asalkan Aku OK". Lagu yang berentak pop rock ini sangat 'cathcy' dan mudah didengari. Menyentuh soal lirik, lagu ini dasarnya adalah berkisar tentang lazimnya kehidupan yang indah. Keseluruhan lirik beliau yang teratur, menyuntik unsur positif dalam jiwa para pendengar. Sebagai sebuah lagi lagu 'ringan' yang mudah dinyanyikan, lagu ini merupakan sebuah lagi karya tentunya dinantikan oleh para peminat muzik tanah air.

Lirik Lagu Asalkan Aku OK

ASALKAN AKU OK
Senilagu & Senikata : Awi Rafael
Hakcipta Senilagu & Senikata : Morning Rocket Productions

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Ooooh.. kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba (dunia)

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah (dunia)

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan x2

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan x2 hey yeah

Sebagai langkah mempromosi album dan single terbaru beliau, sebuah majlis sesi pra-dengar telah dianjurkan oleh pihak Warner Music Malaysia dengan kerjasama CEO Karaoke Box pada 31 Mei lalu, jam 8 malam di CEO Karaoke Box Fahrenheit 88, KL. Majlis ini dihadiri oleh media 'online' dan ahli kelab fan beliau, AWIDDICTED. Berikut adalah maklumat mengenai majlis ini:

Pada sesi pra-dengar ini, para tetamu diperdengarkan dengan 9 buah lagu hasil karya Awi Rafael yang terbaru. Khas buat para tetamu majlis ini, mereka akan berpeluang untuk memilih 8 buah lagu yang akan dimasukkan dalam album beliau nanti!

Budiey dapat info muzik video lagu terbaru Asalkan OK Saja akan dishoot pada minggu depan oleh Paint Motion.

Awi Rafael

Awi Rafael

Awi Rafael

Awi Rafael

Awi Rafael

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Awi Rafael di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Awi Rafael di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Awi Rafael di Anugerah Juara Lagu 26
  • Kakiku Kaku Single Terbaru MImie Haris
  • Lirik Pulanglah Awi Rafael
  • Lagu Awi Rafael Bila Aku Jatuh Cinta
  • Download Caller Ringtones Awi Rafael Pulanglah
  • Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Awi Rafael
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan