Nuffnang

Jumaat, 1 Jun 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Konsert Solo <b>Faizal Tahir</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 30 May 2012 06:01 AM PDT

KONSERT FAIZAL TAHIR
Konsert solo Faizal Tahir

Setelah hampir enam tahun berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air, penyanyi Faizal Tahir akan mengubat rindu peminat-peminat beliau melalui konsert solo pertama beliau, Konsert Faizal Tahir yang akan berlangsung pada 1hb Julai 2012, Ahad bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Konsert ini dianjurkan oleh syarikat ZACKKOOLG yang diterajui oleh Zack, bekas anggota kumpulan Kool. THE 8 UNIT selaku pihak pengurusan Faizal Tahir turut membantu dalam menjayakan konsert ini.

"Konsert Faizal Tahir merupakan projek ZACKKOOLG yang pertama. Pihak ZACKKOOLG juga amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan Faizal Tahir," ujar Zack, selaku Pengarah ZACKKOOLG.

"Konsert ini boleh di katakan sebagai sebuah eksperimentasi muzik dan persembahan Faizal Tahir yang menarik. Pihak THE 8 UNIT amat berbesar hati apabila ZACKKOOLG mengusulkan cadangan ini," ujar Datin Jacynta Au-Yong, Pengurus Talent Management (The 8 Unit) dan Monkey Bone.

Konsert selama satu jam ini akan memperlihatkan kumpulan SOFEA sebagai artis pembukaan pada malam itu.

Kesibukan beliau sebagai salah seorang mentor di dalam program realiti terbitan TV3, MENTOR, tidak akan menjadi alasan untuk beliau tidak bersedia bagi konsert yang akan datang ini. Konsert ini merupakan satu peluang bagi Faizal Tahir menghargai sokongan yang telah diberikan oleh peminat beliau selama enam (6) tahun selain dari terus mengukuhkan lagi nama Faizal Tahir di dalam industri hiburan tanah air.

Selain program MENTOR, Faizal Tahir juga sedang sibuk menyiapkan album ketiga beliau. Masih mengekalkan Audi Mok dan Ahmad Izham Omar sebagai produser bersama, Faizal Tahir menjanjikan kelainan pada album yang akan datang. "Buta" merupakan single pertama daripada album ketiga ini.

Bagi konsert ini, tiket akan mula dijual pada 1hb Jun 2012. Tiket boleh didapati melalui lawan sesawang www.ticketpro.com.my

"Early bird" bagi tiket ini akan mendapat potongan harga sebanyak 20% dari 1hb Jun hingga 15hb Jun.

Harga bagi tiket konsert ini adalah seperti berikut :
Regular (standing) RM 98
Rock zone (standing) RM 138
Upper Tier (standing) RM 138
VIP RM 300

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan konsert solo pertama Faizal Tahir, Konsert Faizal Tahir pada 1hb Julai 2012. Layari laman sesawang www.ticketpro.com.my untuk maklumat lanjut mengenai tiket.

Faizal Tahir
Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Sidang Media Konsert Solo Faizal Tahir
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Gambar Faizal Tahir di Konsert Satu Suara
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Konsert Fenomena Faizal Tahir di Hari Raya Kedua
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Gambar Faizal Tahir Buka Baju di Konsert Ulangtahun 8TV
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan