Nuffnang

Jumaat, 15 Jun 2012

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


Dari MSM, <b>Jehan Miskin</b> Gemar Memasak

Posted: 10 Jun 2012 11:40 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model kacak, Jehan Miskin, 32, mengakui selepas menyertai rancangan realiti, Masterchef Selebriti Malaysia (MSM) terbitan saluran Astro, dia semakin gemar dan pandai memasak.

Kalau dahulu Jehan hanya tahu memasak air dan maggi sahaja, tetapi tidak lagi kini.

Jejaka itu semakin gemar masuk ke dapur dan sudah pandai menyediakan pelbagai juadah yang menarik dan sedap.

"Sebelum ini saya tak tahu apa pun pasal memasak. Apatah lagi orang bujang seperti saya yang lebih senang makan di luar dan disebabkan itu ketika pihak produksi MSM melamar saya untuk menyertai pertandingan itu, pada mulanya saya menolak kerana saya tak tahu apa yang boleh saya lakukan di dapur MSM.

"Tanpa ada sedikit pun ilmu memasak, apa yang saya nak buat kerana apabila berada di dapur MSM, pelbagai menu perlu disediakan. Bukan saja masakan Melayu, tetapi masakan Barat dan ia bukanlah masakan biasa, tetapi yang tukang masak terkenal biasa melakukannya. Seni menghias hidangan pun kena ada," kata Jehan yang dipetik dari myMetro Online.

Menurut Johan, selepas menerima tawaran untuk beraksi dalam MSM, Jehan memulakan usahanya untuk belajar memasak dari sahabat karibnya yang juga chef terkenal.

Bermula dari situ, Jehan semakin berazam untuk mengasah bakatnya yang sememangnya tiada untuk mempelajari memasak walaupun hanyalah dengan menyediakan juadah yang ringkas.

"Sebaik saya persetujuan diberi, saya terus mencari sahabat karib saya, chef Anis Nabila. Melihatkan senarai nama hebat seperti Juliza Adzilan yang sememangnya pakar dalam dunia masakan membuatkan saya rasa gementar.

"Saya perlu melakukan sesuatu dan apa yang saya patut buat ialah belajar memasak. Justeru saya minta Anis ajar saya memasak di mana saya ada masa seminggu saja lagi sebelum bermulanya MSM. Anis mengajar saya masak hidangan paling asas yang mana saya boleh menggunakan cara memasak yang sama untuk sajian lain. Malah dia juga mengajar saya cara betul memotong bawang," katanya.

Mengakui seronok dapat bergabung bersama-sama artis lain untuk berlawan memasak, Jehan tidak mahu menghampakan harapan peminat-peminatnya yang mahukan dia berjaya dalam setiap pusingan memasak.

Malah, sokongan yang diberikan oleh para peminatnya membuatkan dirinya tidak mahu melepaskan peluang yang datang sekali sahaja dalam hidup jejaka itu.

"Dalam MSM saya belajar banyak perkara baru. Kalau dah tak tahu memasak manalah saya kenal bahan-bahan masakan yang digunakan, tetapi selepas menyertai MSM saya dah tahu apa itu safron, bunga cengkih dan bunga lawang. Perubahan ketara dalam hidup saya sekarang, saya sudah pandai memasak.

"Saya juga perlu buat bersungguh-sungguh kerana demi peminat yang menyokong saya. Mereka sangat seronok tengok saya dalam MSM dan mereka turut gembira apabila saya menang setiap cabaran dalam MSM.

"Oleh itu saya tidak boleh hampakan harapan dan sokongan yang mereka berikan kepada saya. Sasaran utama saya jangan kena buang pada episod pertama dan apabila menang pada pusingan pertama, saya seronok sangat," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan