Nuffnang

Isnin, 25 Jun 2012

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


SEMUT HITAM: MEH SELAMI FANTASI <b>KILAFAIRY</b>!!!

Posted: 17 Jun 2012 12:00 AM PDT

Setengah orang obses dengan duit. Ada jugak dengan pangkat atau kuasa. Tapi, fantasi Si Kilafairy ni lain pulak. Dia lebih obses dengan pakaian. Jadi sebab tu la dia bukak butik. Meh baca cerita dia selanjutnya!!!

SUKAR pada mulanya untuk mencari lokasi terletaknya butik pakaian Rack milik si bibir mungil pemilik nama Syakila Nisha Jangir Khan, 21, atau lebih dikenali Kilafairy ini.

Namun, ketika melangkahkan kaki ke ruang legar pusat beli-belah The 19 USJ City Mall di USJ 19, Subang Jaya, baru-baru ini butik yang berada di aras dua itu sebenarnya sudah dikenali para peniaga lain di situ.

Bagai tidak menjangka kemampuan butik pakaian yang sedikit tersorok daripada pandangan pelanggan, ia sebenarnya sudah pun memulakan operasi beberapa bulan lalu dan mempunyai pelanggan sendiri.

"Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan remaja yang gemarkan fesyen terkini dan bergaya," ujarnya yang ditemui ketika pelancaran butik Rack baru-baru ini.

Butik yang diusahakan bersama kakaknya, Shakira Idora Jangir Khan, 22, itu membuktikan kesungguhan Kilafairy selaku pemegang Diploma Pemasaran Fesyen & Pengurusan dari Kolej Antarabangsa Raffles.

"Sesuai dengan bidang pengajian saya sebelum ini, butik Rack merupakan pelaburan saya untuk masa akan datang. Kalau hanya bergantung pada lakonan atau nyanyian sahaja tidak akan menjamin masa depan saya.

"Idea untuk membuka bisnes ini sudah lama sebenarnya. Sejak pusat beli-belah ini menjual barangan digital dan apabila bertukar pengurusan kami mula mengorak langkah lebih proaktif," katanya yang terlebih dahulu membeli stok awal untuk disimpan di rumah ketika premis perniagaannya dinaik taraf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan