Nuffnang

Ahad, 24 Jun 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


<b>KRU</b> Kembali Menyanyi Di Pentas

Posted: 06 Jun 2012 02:03 AM PDT

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas: Terbaru di beritakan kumpulan "KRU Kembali Aktif Menyanyi di Pentas" seperti saat kegemilangan mereka dahulu.

Setelah lama bersara daripada menyanyi, KRU sebuah kumpulan 3 adik beradik yang pernah beraksi lincah di pentas dalam era 90an dikhabarkan akan muncul kembali dengan membuat satu kemunculan khas sempena 20 tahun penglibatan mereka dalam dunia hiburan.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas

Edry Abdul Halim dikatakan telah memujuk Norman untuk kembali ke pentas demi peminat mereka, dan dengan itu, Norman bersetuju untuk melakukan kemunculan kembali.

"Saya pada awalnya tidak berapa yakin kerana dah lama tidak membuat persembahan tetapi Edry paling beria-ria dengan majlis itu dan akhirnya akur dengan permintaannya. Yusry juga bersetuju," ujar Norman.

Menurut Norman, mereka bakal mempersembahkan empat buah lagu dan akan menyelitkan beberapa medley khas buat peminat.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas

"Lagu-lagu popular kami akan dipersembahkan pada malam itu dan berharap ia akan menggembirakan dan dapat mengubat rindu mereka," ujarnya.

Norman berkata, walaupun mereka akan melakukan persembahan itu, ianya bukanlah bermakna mereka akan kembali ke dunia nyanyian seperti sebelumnya.

Sebaliknya, ia hanyalah sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat sempena majlis ulang tahun itu nanti.

"Mungkin selepas ini kalau nak tengok KRU menyanyi kena tunggu sambutan ulang tahun," ujarnya.


KRU Kembali Menyanyi Di Pentas
Norman turut dilaporkan berkata, majlis yang bakal diadakan pada 10 Jun ini bertempat di Orange Club, Kuala Lumpur dilaporkan akan turut menghimpunkan barisan artis dibawah naungan label KRU dan yang pernah bekerjasama dengan mereka selain beberapa aktiviti menarik buat peminat mereka.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Rating: +2 (from 2 votes)
KRU Kembali Menyanyi Di Pentas, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan