Nuffnang

Jumaat, 1 Jun 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Maya Karin</b> Mahu Kekal Eksklusif - Gua.com.my

Posted: 08 May 2012 11:20 PM PDT

"Rasanya memang dari dulu saya cuba untuk tampil eksklusif. Tapi, terpulang kepada peminat untuk buat penilaian. Saya mahu kemunculan saya dinanti-nantikan. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu muncul selalu di pawagam. Selepas 10 tahun berada dalam industri ini, saya rasa formula itu menjadi kerana sehingga kini penerbit dan pengarah masih bagi peluang kepada saya. Malah, diberikan peranan utama. Jadi, setakat ini saya puas hati dengan perjalanan karier saya," ujar Maya yang ditemui baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, heroin 'Ombak Rindu' ini turut mengulas tentang rungutan beberapa penerbit / pengarah yang mendakwa dia hanya mahu berlakon di bawah arahan Osman Ali. Jelas Maya, dakwaan itu sebenarnya tidak benar.

"Tidak dinafikan saya seronok berlakon di bawah arahan Osman Ali, tetapi saya tidak tetapkan hanya akan berlakon di bawahnya. Jika tawaran daripada orang lain cukup menarik dan lain daripada yang lain, pasti saya akan terima. Masalahnya sekarang ini, ada yang mahu saya buat watak yang lebih kurang sama dan ada juga yang terlalu bertentangan. Maksud saya ialah, kalau dalam tempoh sesuatu masa itu saya memegang watak serius atau beremosi, saya tidak mahu secara tiba-tiba bawa watak komedi.  Saya tidak mahu penonton terperanjat. Melainkan saya berehat seketika.

Selain itu, saya juga terima sesebuah naskah mengikut naluri hati. Kalau saya rasa karya itu bagus dan boleh mencabar keupayaan lakonan saya, saya pasti akan teruja untuk melakukannya. Kalau watak yang sama, saya rasa bosan hendak berlakon. Jadi, buat masa sekarang ini saya suka dengan naskah-naskah Osman Ali, sebab itu saya selalu dengan dia," ujar Maya panjang lebar.

Mengulas kemenangannya di Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH 2011) baru –baru ini, Maya memberitahu dia gembira kerana peminat masih memberi sokongan kepadanya. Pelakon Wanita Terbaik FFM21 ini kemenangannya itu menyuntik semangat untuk terus memberikan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan