Nuffnang

Ahad, 17 Jun 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Penonton Sudah Bosan Dengan <b>Shaheizy Sam</b>?

Posted: 01 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2012: Pelakon , Shaheizy Sam akui dirinya belum sampai ke tahap selebriti yang mempunyai nilai eksklusif walaupun sudah memenangi anugerah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).

Malah dia sendiri akui belum tiba masanya untuk bersikap selektif dalam watak dalam filem yang ditawarkan kerana bidang lakonan adalah kerjaya sepenuh masanya buat masa ini.

"Mengapa saya perlu selektif, padahal lakonan merupakan pendapatn utama saya setakat ini.

"Selagi saya boleh diterima dan ditawarkan untuk berlakon saya dengan berbesar hati dan berysukur untuk menerimanya sebagai rezeki untuk menyara hidup saya.

"Dulu saya pernah cuba selektif tetapi malangnya pemilihan saya itu tidak sampai atau sama seperti apa yang saya harapkan.

"Jadi bagaimana pula saya hendak memilih?" katanya yang ditemui selepas tayangan perdana Aku Ada, Kau Ada, baru-baru ini.

Shaheizy Sam yang juga pelakon di bawah naugan Metrowealth (MIG) berkata, kebelakangan ini dia banyak menjadi tunjang utama filem seperti Adnan Sempit, Bini-Biniku Gangster, Nangankung, Sekali Lagi dan terbaru SAM (Saya Amat Mencintaimu).

Bukan tidak mahu bersikap selektif, tetapi menurut Sam, dia akan benar bersedia menjadi eksklusif jika dia benar-benar cukup berpengalaman untuk memegang gelaran pengarah produser atau penerbit.

"Jika saya ada pendapatan untuk bidang lain seperti menerbit dengan cukup kukuh, baru saya rasa ketika itu saya akan bersikap selektif," luahnya.

Justeru sikap Sam yang tidak selektif dalam watak dan filem membuatkan wajahnya kerap menghiasi filem-filem yang ditayangkan di pawagam.

"Buat masa sekarang saya terpaksa terima sahaja apa yang ditawarkan kepada saya walaupun saya tahu penonton seperti sudah mula bosan dengan penampilan saya yang agak kerap," luahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan