Nuffnang

Ahad, 17 Jun 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Berniaga Kolagen

Posted: 08 Jun 2012 12:56 AM PDT

Shila Amzah Berniaga Kolagen : Penyanyi Shila Amzah berniaga kolagen sekaligus meluaskan empayarnya dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan produk kecantikan sendiri, Collagen Enrich.

Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, berumur 22, ingin berkongsi rahsia kecantikannya bersama peminat. Menurutnya , idea untuk menghasilkan produk kecantikan ini sudah lama difikirkannya. Akan tetapi, kerana kesibukannya dalam menguruskan jadual hariannya menyebabkan niat baiknya itu sentiasa ditangguh.

"Alhamdulillah, produk Collagen Enrich ini telah berjaya dipasarkan. Saya juga telah mendapatkan beberapa pembekal untuk memasarkan produk ini. Saya tidak akan mengadakan sebarang majlis pelancaran kerana kami telah memiliki ejen terbesar dan pelanggan tetap untuk mempromosikan produk ini. Saya memang berhasrat untuk memiliki produk kecantikan sendiri kerana saya amat menitikberatkan soal kecantikan."

Tahniah untuk Shila yang telah menceburi bidang perniagaan dengan jayanya. Harga kolagen tersebut hanya RM49.00 da terbukti keberkesanannya. Kolagen sangat penting untuk memastikan kesihatan kulit terjaga. Pengambilan kolagen yang betul dapat menjadikan kulit sentiasa muda dan segar. – Forblogger | Hiburan

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Shila Amzah Berniaga Kolagen, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan