Nuffnang

Jumaat, 1 Jun 2012

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


Stephen Rahman – <b>Stephen Rahman Hughes</b> [2012] | Jiwang.NET

Posted: 14 Mar 2012 09:54 AM PDT

Stephen Rahman – Stephen Rahman Hughes [2012] | Jiwang.NET
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

FP

160kbps 44kHz | 33.64MB

01. Sejuta Rasa
02. Hati Berbisik
03. Di Ribaan Cinta
04. Bertemu Dalam Syurga
05. Bawalah Daku
06. Cinta Masih Ada
07. Ekspresi
08. Ku Lepas

Papar Spoiler »

Mereka menemui page ini dengan mencari:

Stephan Rahman Hughes Bertemu Di Syurga 4shared,stephen rahman-bertemu di surga 4shared,stephen rahman hughes rar,monoloque-jejak tanah mediafire,stephen rahman hughes bertemu di syurga 4shared
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
check Check Broken Links

<b>Stephen Rahman Hughes</b> ingin belajar budaya Melayu - Tupai

Posted: 05 Mar 2012 02:41 AM PST

Selepas mencipta nama dalam bidang lakonan dan pementasan teater, kini jejaka berdarah campur Inggeris-Melayu, Stephen Rahman Hughes melangkah setapak lagi apabila baru sahaja melancarkan album bahasa Melayu pertamanya.

Album yang berjudul "Stephen Rahman Hughes" ini terhasil atas sokongan peminat berbangsa Melayu, sekaligus mengembangkan karier nyanyiannya di Malaysia.

Ikuti temubual TUPAI bersama Stephen tentang albumnya dan juga kehidupan selepas bergelar suami kepada seorang wanita bernama Anjali Mehra.

Hai Stephen! Apa khabar? Pertama sekali, tahniah atas kelahiran album sulung bahasa Melayu anda.
Hai! Baik-baik sahaja. Terima kasih.

Boleh ceritakan konsep yang anda ketengahkan dalam album ini?
Dalam album ini terdapat lapan buah lagu yang dirakamkan dalam bahasa Melayu. Kami menjangkakan lagu-lagu yang bakal hit adalah seperti "Cinta Masih Ada" dan "Bertemu Di Syurga". Genre yang diketengahkan ini adalah campuran antara balada, alternatif rock dan juga pop rock dan ia merupakan yang pertama buat diri saya. Album ini mempunyai banyak kejutan untuk pendengar dan peminat saya khususnya.

Boleh berkongsi perasaan anda apabila ditawar untuk merakam album dalam bahasa Melayu?
Saya begitu teruja! Ini merupakan titik permulaan saya untuk lebih dikenali di kalangan orang Melayu di Malaysia. Saya bangga apabila dilahirkan sebagai orang Melayu. Walaupun pada dasarnya dilihat lebih ke arah Inggeris, tetapi jauh di sudut hati saya, jiwa Melayu tetap ada. Saya akan tetap mencuba untuk mempelajari adat-adat Melayu yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu.

Adakah anda mengalami kesukaran untuk menyanyi dalam bahasa Melayu?
Agak sukar pada mulanya kerana saya sendiri masih belum fasih. Kebanyakan perkataan yang disebut agak baku dan terdapat beberapa perkataan yang saya mengalami kesukaran untuk menyebutnya. Walaubagaimanapun dengan bantuan saudara di sini, dia banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik.


Adakah anda mengalami kesukaran untuk membiasakan diri dengan budaya di sini?
Terus-terang, saya akui ianya bukan mudah untuk menjadi Melayu sejati. Budaya yang diamalkan di sini amat berlainan. Nilai sopan-santun yang tinggi dan cara hidup sangat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan saya di tempat asal.

Secara keseluruhan, adakah anda berpuas hati dengan album ini?
Nak kata saya berpuas hati, mungkin bukan seratus peratus. Walaubagaimanapun saya seronok dan gembira apabila mendengar album ini jika memandu kereta. Ia bagaikan memberi semangat untuk saya menjalani hidup dan hubungan cinta.

Bercerita tentang cinta, boleh berkongsi dengan peminat di luar sana tentang isteri anda?
Isteri saya, Anjali Mehra merupakan seorang guru tari dan kami sudah berkenalan hampir sembilan tahun. Kami mula rapat sekitar tiga tahun yang lalu. Dia adalah teman baik saya. Seorang yang sangat memahami dan sering berada di sisi saya ketika berhadapan dengan tempoh sukar.

Adakah anda bangga dan gembira dengan gelaran 'suami' sekarang? Ada perancangan untuk menimang cahaya mata sendiri?
Sudah tentu saya sangat bangga dan teruja dengan status sekarang. Saya dan isteri sememangnya sukakan kanak-kanak. Namun kerana faktor kerja yang tidak begitu menentu menyebabkan perancangan kami itu tertangguh.

Tidak ingin membawa isteri datang ke Malaysia?
Sudah pasti saya mahu! Mungkin satu hari nanti, dia pasti akan datang ke sini dan kami akan sama-sama mempelajari budaya dan adat Melayu.

Terima kasih di atas masa yang diluangkan. Semoga anda akan berjaya dalam segala yang dilakukan. Jumpa lagi!
Sama-sama dan semoga berjumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan