Nuffnang

Khamis, 12 Julai 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> Rindu Dunia Lakonan - Notainfo.com

Posted: 29 May 2012 07:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Que Haidar yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu tidak dapat berbohong kepada dirinya bahawa dia sebenarnya merindui dunia seni itu.

Justeru, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 32, terpaksa "melanggar pantang" apabila muncul dalam teater Primadona… Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.

"Saya terlibat dalam karya ini kerana saya suka dengan naskhahnya. Paling tidak ia dapat juga mengubat kerinduan saya sebagai pelakon," katanya.

Que juga menafikan dia terlibat dalam teater itu kerana ia diterbitkan sendiri oleh isterinya iaitu Linda Jasmine menerusi Linda Jasmine Performing Arts Studio.

Que berkata, Linda tiada kena mengena dengan keputusan itu kerana dia juga berhak terhadap sebarang tindakan disebabkan studio tersebut adalah hak milik mereka bersama. "Saya sudah letih orang asyik mengaitkan sebarang keputusan saya adalah menurut kehendak isteri walaupun dia langsung tidak bersalah.

"Saya tidak mahu lagi melayan perkara itu kerana apa lebih penting sekarang adalah kebahagiaan kami berdua.

"Sudah penat saya melayan permintaan orang dan sudah tiba masanya saya buat apa yang menggembirakan saya dan teater ini adalah salah satu daripadanya," kata Que.

Bercakap mengenai teater berkenaan, Que berkata, Primadona…Perahu Mimpi turut menandingkannya dengan pelakon seperti Emelda Rosmila, Maulana (AF), Emma (AF) dan Datin Shima yang memegang watak utama.

Teater yang diarahkan oleh Zamri Pangat ini turut melibatkan ramai pelakon teater dari Johor yang berulang alik ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.


Que tidak keberatan untuk terima tawaran berlakon di dalam filem atau drama jika skrip dan watak diberikan mempunyai kelainan.

"Ini juga adalah satu sebab mengapa saya setuju untuk terlibat kerana terharu dengan kesungguhan mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan pementasan teater ini.

"Ia juga dihasilkan untuk tujuan amal yang mana sebahagian wang daripada jualan tiket akan didermakan kepada Pride Foundation bagi membantu pesakit kanser payudara," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai tawaran berlakon drama atau filem, Que menjelaskan dia ada menerima tawaran daripada syarikat produksi tetapi hatinya masih belum terbuka untuk ke dunia berkenaan.

"Kebanyakan tawaran yang saya terima masih watak yang sama seperti mana pernah saya bawa dulu namun sekiranya ada naskhah yang baik, saya tidak akan teragak-agak untuk menerimanya," kata Que.

Tiket bagi menyaksikan teater Primadona…Perahu Mimpi dijual pada harga RM100 dan RM80 (akan mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan Aviva-Active) yang boleh didapati dengan melayari www.aviva-active.com.my atau menghubungi 03-4270-1777.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan