Nuffnang

Sabtu, 7 Julai 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


8 Jam Serlahkan Kembali Kehebatan <b>Shaheizy Sam</b> |

Posted: 06 Jul 2012 10:59 PM PDT

Selama ini, Abang Nara sering terdengar kekecewaan peminat Shaheizy Sam. Kata mereka, Sam selalu berlakon watak yang tidak mencabar bakat lakonannya. Sam dah hilang nilai ekslusif sebab selalu sangat filemnya keluar wayang. Nampaknya kemunculan filem 8 Jam di pawagam sejak Khamis lalu bakal mengingatkan kembali para peminat Sam tentang kehebatan lakonannya.

filem 8 jam

Abang Nara dah tengok filem 8 jam ini dan Abang Nara kagum dengan aksi-aksi pergaduhan yang ditayangkan. Memang gila real. Namun kekuatan cerita ini bukan hanya bergantung dengan aksi pertarungan sahaja, tetapi jalan ceritanya yang kuat dan ada mesej akan membuatkan anda rasa terharu. Shaheizy Sam yang memegang watak Alang Budiman memang nampak gangster tetapi demi orang yang tersayang, dia sanggup buat apa sahaja.

filem 8 jam

Abang Nara suka part Alang Budiman dah longlai kena belasah dengan gangster-gangster namun mendapat kembali tenaganya apabila melihat kekasihnya, Julia (Yana Samsuddin) dikacau oleh gangster tersebut. Memang kata orang kuasa cinta ini boleh buat apa sahaja. Dan kerana kuasa cinta ini jugalah, Alang Budiman dikenakan hukuman tali gantung.

Nak tahu kenapa Shaheizy Sam berdepan dengan tali gantung? Nak tahu kenapa filem ini dinamakan 8 Jam? Nak tengok kehebatan sebenar lakonan Shaheizy Sam? Tontonlah filem 8 Jam di pawagam berhampiran anda. Anda pasti tidak akan menyesal. Abang Nara bagi 4.2/5 bintang untuk filem ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan