Nuffnang

Isnin, 10 September 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Cherita Emo-Temo: Mana <b>Aaron Aziz</b>?

Posted: 27 Aug 2012 10:46 PM PDT

Setiap kali ada saudara mara yang datang menemui aku apabila mereka bertandang beraya ke rumah aku , memang semua akan bertanya ... "Mana Aaron Aziz?" "Ijah tak beraya dengan Aaron Aziz?" Korang rasa apa reaksi yang aku patut buat apabila mendengar soalan-soalan begini ya? Adakah harus aku tersipu-sipu malu dan menyorok belakang Umi aku? Atau aku harus buat konon-konon guling-guling dan pengsan secara mengejut? Atau juga aku harus ketawa tutup mulut sambil menunduk ala-ala perempuan melayu terakhir? Amboi ! Semuanya penuh dramatik kan?! keh keh keh.

Aku agak terkejut apabila semua saudara mara tahu aktiviti haram eh? lagho aku ni ha! Aku agak tersipu-sipu malu apabila semua bila jumpa aku terus sebut nama Aaron Aziz. Bila nampak aku sebut lagi nama Aaron Aziz. Bila tengok aku dah macam nampak muka Aaron Aziz dekat muka aku ni ha. Sampai aku tertanya-tanya , nama aku Aaron Aziz atau apakah semua ini? Ekekekeke :p 

Lagi yang buat aku ala-ala tersipu-sipu ada juga saudara mara aku yang membaca belog picisan aku ini? Alamak! Ini yang buat aku lagi malu-malu kucing kejap. Tetibe Jijah jadi pemalu itu memang sesuatu yang amat memusykilkan kannnnnn? Hahahahahah...! Haruslah mek malu noks! Mek ni kan banyak merapu dalam belog mek ni ha! Walaupun belog mek ni picisan tapi yang penting dalam belog mek penuh dengan gambar retis kan? Kau hado?! Matilerrrr tetibe kan! Hahahah..

Anyway , tak pernah pun sangka ada saudara mara aku yang turut membaca segala coretan aku dalam belog picisan ini. Terharu juga sebenarnya! Tapi itulah , bila saudara mara asyik bertanya mana Aaron Aziz , aku terus kelu lidah tak berdaya nak menjawab kan? Mampooo? Haruslah tetibe Jijah terasa nak gigit jari sambil hentak-hentak kaki kan tetibe orang tanya Mana Aaron Aziz? Amboi korang! Masa aku minat Remy Ishak korang tak gedik-gedik tanya pun? Sentap abe Wemy ai! Tetibe lagik! Hahahahah..

Mampoooo kan orang lain sibuk bercherita pasal beraya , kau Jijah masuk-masuk belog tulis pasal retis kesayangan kan? Nak buat macam mana kan? Itu topik yang orang bila nampak aku terus akan cakap pasal artis! Cemuih dah rasa tapi bila orang bertanya mesti lah Diva Pora yang nan hadoooo saja ni akan bercakap jugak kan? Ekekeke. Eh eh eh , banyak betul tulis nya! So raya korang semua macam mana? Best?! Mestilah best kan! HEHE :p


Hah! Nah sekeping gambar Aaron Aziz , Jijah kasi dekat uols!
Eh tetibe tajuk entri ini dah macam tajuk cerita dekat Astro Ria , Mana Hilangnya Juwita? Eh tetibe lagi kan? Ok bye!
Terima kasih sudi baca entri ini :)

<b>Aaron Aziz</b> Bakal Jadi Penyampai Radio & Kendali Program Di ERA <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 01:15 AM PDT

Aaron Aziz Bakal Jadi Penyampai Radio & Kendali Program Di ERA fm

Nampaknya selepas ini lebih ramai peminat pelakon popular ini melekat di'hadapan radio masing masing untuk mendengar celoteh selebriti kesayangan.

Portal hiburan Murai petang ini melaporkan yang Aaron Aziz telah sah bakal bergelar penyampai radio dan ERA fm menjadi destinasi karier terbaru beliau itu.

Menurut laporan tersebut, berita baik untuk peminat Aaron Aziz ini telah di'sahkan sendiri oleh Pengurus Saluran ERA fm, Nazri Noran awal hari ini — anda gembira?

Aaron Aziz di'khabarkan akan mula menjalankan tugas pada 14 September 2012 bersama seorang lagi penyampai ERA fm, Shac untuk kendalikan program Doktor Cinta.

Dalam segmen berdurasi 2 jam bermula 9.00 malam ini, Aaron Aziz menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta.

Related Posts
Categories
Tag

Layakkah <b>Aaron Aziz</b> Bawa Watak Tun Mahathir? | OHBULAN!

Posted: 16 Aug 2012 12:31 AM PDT

Jika pelakon lelaki lain, pasti ramai yang menantikan untuk membawa watak mantan pemimpin negara kita, Tun Mahathir Mohamad, kan?

Apa yang menariknya, watak ini telah ditawarkan kepada Aaron Aziz untuk pementasan teater Tun Siti Hasmah, dan semua orang tahu bahawa Aaron Aziz adalah pelakon kelahiran dan berwarganegara Singapura yang kini sudah mempunyai taraf kerakyatan Malaysia. Ironik bukan?

Terbaru dari pelakon popular ini, Aaron dalam kenyataannya kepada Media Hiburan telah menolak tawaran watak Tun Mahathir kerana jadual kerjanya yang padat.

"Semasa mendapat tawaran daripada awal lagi, saya sudah memberitahu yang jadual kerja saya begitu padat. Bila mereka menunda tarikh pementasan, tarikhnya bertindih dengan jadual kerja lain.

Aaron turut mengakui bahawa watak ini memerlukan komitmen yang penuh dan dia tidak mahu mengambil risiko yang akan mendatang.

"Tambahan pula, membawakan watak Tun Mahathir bukannya mudah kerana memerlukan komitmen penuh. Saya tidak mahu nanti ada masa tertentu saya tidak dapat terlibat baik ketika sesi latihan ataupun hari pementasan," tambah Aaron lagi.

Bagus juga sebenarnya apabila Aaron Aziz tolak tawaran ini. Kami masih berfikir, sudah tidak ada pelakon tempatan yang lain ke yang layak untuk membawa watak bekas pemimpin negara kita ini? Atau memang Aaron Aziz dipilih kerana popularitinya sahaja?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan