Nuffnang

Rabu, 19 September 2012

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


<b>Adam AF</b> Sudah Boleh Ubati Penyakit Misteri

Posted: 04 Aug 2012 12:39 AM PDT

Ada AF Sudah Boleh Ubati Penyakit Misteri

PETALING JAYA - Penyanyi Adam AF mengakui dia kini sudah mampu merawat beberapa penyakit misteri selepas mendalami ilmu perubatan Islam sejak dua tahun lalu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman (29) berkata, kebolehan itu membuatkan dia merancang untuk membuka sebuah klinik perubatan Islam di sekitar Kuala lumpur tidak lama lagi.

"Selain penyakit akibat sihir, saya juga boleh merawat pesakit darah tinggi dan juga kencing manis.

"Syukur alhamdulillah, setakat ini rawatan penyakit asas saya sudah boleh lakukan. Banyak lagi ilmu perubatan Islam yang harus saya pelajari. Namun saya merancang untuk membuka klinik sendiri dalam masa terdekat ini," katanya.

Bagaimanapun,  Adam berharap agar masyarakat tidak tersalah tafsir mengenai rawatan yang dilakukan kerana ia bukanlah syirik di sisi Islam ataupun mahu menjadi bomoh.

Sebaliknya teknik rawatan yang dibuat ini adalah mengikut garis panduan berpandukan kitab Al-Quran selain berdoa kepada Allah.

"Ada yang beranggapan, mengubat penyakit sihir adalah syirik tetapi harus diingat perubatan saya tidak menggunakan kaedah memakai tangkal atau memanggil makhluk halus kerana cara itu sudah dikira menduakan Allah," jelas Adam.

Dalam pada itu, Adam turut menegaskan perubahan yang berlaku terhadap dirinya yang lebih bersifat Islamik sejak kebelakangan ini bukan bermaksud dia sudah berhijrah, namun itu memang sebahagian tanggungjawabnya sebagai umat Islam yang pernah lalai sebelum ini.

"Saya harap orang luar tidak menganggap perubahan saya ini sebagai satu penghijrahan, sebaliknya ia ada adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam yang harus diamalkan sejak dahulu lagi.

"Pada awalnya, saya berjumpa dengan Ashraf Muslim menerusi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendalami ilmu agama dengannya. Kemudian saya memecahkan cabang ilmu itu kepada mempelajari hal-hal perubatan Islam pula.

"Alhamdulillah, setakat ini saya cuba memperbaiki kelemahan saya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

"Dan sebagai manusia biasa, biasalah, lebih dekat kita mahu mendekati diri kepada Allah, lebih banyak dugaan yang muncul. Bagaimanapun saya cuba mengharunginya dengan baik," tuturnya yang bakal muncul album solo terbaru berkonsepkan balada pada tahun hadapan.

- ARTIS MALAYSIA, AGAMA @ forblogger.net.

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan