Nuffnang

Rabu, 12 September 2012

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Rezeki <b>Along Cham</b> bertambah murah!

Posted: 22 Mar 2012 08:33 PM PDT

Gembira dengan kejayaan "Adnan Sempit 2" yang telah mendapat kutipan RM6.8 juta selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, rezeki aktor dan pelawak Along Cham bertambah murah apabila ditawarkan menjadi duta Modenas selama setahun.

Terharu dengan tawaran daripada jenama yang sinonim dengan dunia permotoran dan telah bertapak di Malaysia lebih kurang 17 tahun ini, Along juga merupakan orang pertama yang menjadi duta bagi produk tersebut.

"Saya bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada saya. Malah penerbit David Teo turut membuka banyak peluang kepada sayang. Bagi saya, inilah rezeki keluarga," ujar Along ketika ditemui di majlis kesyukuran "Adnan Sempit" di Kelantan Delights, Subang Jaya baru-baru ini.

Ditanya apakah perasaannya apabila ditawarkan kontrak ini, pemilik nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, dia tidak mengambil masa yang lama kerana ia merupakan peluang untuk lebih dikenali ramai.


"Sebelum menandatangani kontrak, saya sudah teliti dari segi kelebihan yang dapat dicapai oleh semua pihak. Bagi saya, ianya sama rata dan tiada yang akan rugi. Walaubagaimanapun dari segi promosi, saya akan serahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan," ujar pelawak berusia 29 tahun ini lagi.

Sementara itu Along baru sahaja selesai penggambaran filem terbarunya berjudul "Wawa Semput". Filem arahan Ismail Bob Hashim ini merupakan kesinambungan kisah percintaan Wawa (Yana Samsudin), Bobby (Along Cham) dan Ismat (Angah Raja Lawak) dalam filem "Adnan Sempit". Pada masa yang sama, penggambaran "Adnan Sempit 3" juga dijangka bermula pada 17 April akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan