Nuffnang

Rabu, 26 September 2012

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fasha Sandha</b> Alah Ubat Gigi! - Gua.com.my

Posted: 10 Sep 2012 04:16 AM PDT

Pelakon popular Fasha Sandha yang kini sedang melalui trimester pertama kehamilan mengakui mempunyai alahan dengan ubat gigi. Enggan mendedahkan usia sebenar kehamilannya, pelakon 'Cinta Elyssa' ini memberitahu akan muntah pada setiap pagi jika menggunakan ubat gigi.

"Tiap-tiap pagi saya akan muntah tapi tidak bermakna jika saya alah pada ubat gigi, saya tidak menggosok gigi langsung. Apa-apapun saya kena tahan juga dengan situasi ini," ujar Fasha dalam keadaan mengah ketika ditemui pada majlis pelancaran drama 'Runtun Qalbu' di Sri Pentas TV3 petang tadi.

                

"Saya dah mula rasa mengah dan penat ketika hamil. Waktu tengah hari saya akan mula rasa mengantuk dan nak tidur. Mengenai selera makan pula, Alhamdulillah setakat ini okay dan saya tak ada mengidam apa-apa lagi. Cuma suami saya sajalah yang mengidam dan teringin nak makan macam-macam."

Ditanya tidakkah beliau mahu berehat seketika dalam dunia lakonan apatah lagi melihat keadaannya yang senang mengah, Fasha memberitahu, "Saya memang sedang berehat sekejap selepas tamat penggambaran drama 'Runtun Qalbu'. Tapi saya tak boleh nak rehat terlalu lama sebab saya akan cepat rindu dengan set penggambaran.

            

"Bulan November ini saya akan terlibat dengan penggambaran drama 'Janji Shirah' yang akan ditayangkan pada setiap malam Ahad di TV3. Saya ini jenis yang suka bekerja dan tak suka berehat. Lagipun, bagi saya rezeki jangan ditolak. Malah, jika tidak ada penggambaran pun saya akan ke salun milik saya," ujar Fasha yang akan berlepas ke Guangzhou, China, Ahad depan bagi menemani suaminya yang terlibat dalam perlumbaan kereta di sana.

Berkongsi mengenai penampilan terbarunya dalam drama 'Runtun Qalbu', Fasha memberitahu, "Saya memegang watak sebagai Idayu, seorang gadis pendiam namun menjadi gadis yang memberontak akibat dikongkong oleh bapanya. Wataknya berbeza dengan watak yang saya terima sebelum ini. Saya juga kena berlakon jadi budak remaja dan ia agak susah memandangkan saya dah matang sekarang.

"Ini kali pertama saya berlakon dengan Kamal Adli, Fida Ibrahim dan Shah Iskandar. Karakter Qalbu lakonan Kamal Adli sangat menonjol dan saya percaya macam mana nama Johan As'ari boleh naik selepas 'Cinta Elyssa', macam itu jugalah saya yakin nama Kamal akan naik," ujar Fasha sambil memberitahu gembira berlakon dalam produksi drama ini.

"Walaupun pertama kali berlakon, bagi saya mereka sangat bagus. Mereka pelakon muda yang sangat berbakat dan berdisiplin. Bila dapat 'team' yang komited sebegini, saya jadi gembira bila di set. Saya juga suka dengan skrip drama ini sebab ia sangat bagus. Saya percaya drama ini akan menjadi fenomena.

Selain Fasha, Kamal Adli, Shah Iskandar dan Fida Ibrahim, drama terbitan Excellent Pictures ini turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Reen Rahim, Kaza, Razak Ahmad, Rosnah Johari dan Juhara Ayob ini. 'Runtun Qalbu' bakal membuka tirainya pada 21 September depan, setiap hari Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan