Nuffnang

Rabu, 12 September 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Mahu Susah Dahulu, Senang Kemudian | MyNewsHub

Posted: 06 Aug 2012 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pemenang Pelakon TV Lelaki Terbaik, Anugerah Bintang Popular 2011, Fizz Fairuz sanggup bekerja keras kerana mahu kehidupannya sekarang 'susah' dahulu dan memperolehi kesenangan di kemudian hari.

Kerana itu selepas hampir 10 tahun bertungkus-lumus 'menjual' dirinya untuk menjadi pelakon terkenal, baru sekarang Fizz mampu untuk mengumpul aset hartanya sendiri.

Malah, setiap kesusahan yang dia alami sejak menceburi bidang seni juga mengajar Fizz untuk sentiasa berjimat-cermat hinggakan dia mampu untuk membeli rumah banglo sekarang.

"Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis.

"Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh," kata Fizz yang dipetik dari mStar Online.

Dengan usaha menyimpan duit sendiri sejak 10 tahun lepas, Fizz mampu membeli sebuah kondominium di Mont Kiara, Damansara dan sebuah rumah banglo yang masih lagi dalam pembinaan di Bukit Beruntung, Rawang.

Menceritakan di awal usahanya untuk membeli dua buah rumah itu, Fizz memberitahu agak sukar untuk dia meyakinkan pihak bank memandangkan kerjayanya sebagai artis bukanlah kerja yang tetap.

Namun, Fizz mampu untuk meyakinkan pihak bank yang dia mampu untuk membayar bulanan pembelian rumah-rumah tersebut.

"Semasa tengah "laku" dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang saya itu.

"Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Pat Candy Empat Kali Keguguran Kandungan

FFM 24: Raja Azmi Mengamuk Tak Menang Anugerah?

Konsert Terbesar Jamal Abdillah Di Ipoh Sejak 1979

Jangan Bandingkan Saya Dengan Ogy – Neelofa

Jamal Abdillah Tidak T'tekan Dengan Setiausaha

Pemandu Peribadi Zahida Rafik Larikan RM200,000?

Lil Wayne Diarah Potong Rumput

Enot Berazam Jaga Adab Selepas Bertudung

Riezman Khuzaimi Arah Filem Dengan Kakak

Supermodel Terkenal Shida Yaacob Meninggal Dunia

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan