Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi

Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2012: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti.

Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

"InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung.

"Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,"ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mana perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti.

"Mungkin ramai juga tahu saya memang sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.

"Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia.

"Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

<b>Gambit Saifullah</b> Mahu Perbaiki Skil PR

Posted: 08 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2012: Tidak semua selebriti tempatan dikurniakan skil komunikasi dan PR (public relations) yang bagus dan aktor serta pengarah Gambit Saifullah turut merasai kekurangan diri yang ada pada dirinya itu.

Atas sebab itu, dia tidak menafikan bahawa adakalanya segelintir pihak menganggap dia seorang yang sukar didekati atau sedikit sombong.

"Sebenarnya saya bukanlah macam itu pun. Malah, kalau saya dah mula cakap, saya akan cakap. Macam yang saya buat dengan awak sekarang ini (penulis). Tapi, ianya turut bergantung kepada keadaan. Ada masanya saya lebih suka meninjau keadaan terlebih dulu.

"Namun, saya tidak nafikan saya lebih suka bekerja dan berikan tumpuan terhadap kerja saya. Saya lebih suka berada di belakang tabir dan urusan tentang PR dilakukan orang lain," katanya kepada portal Murai.

Pun begitu, Gambit Saifullah mengakui dia terpaksa memperbaiki kekurangan dirinya itu di dalam skil komunikasi dan PR demi kebaikan dirinya.

Atas sebab itu, Gambit Saifullah sanggup menggunakan khidmat Lina Merican iaitu bekas pengurus Awal Ashaari untuk menguruskan kerjaya seninya. Malah Gambit juga telah melantik beberapa rakan dalam dunia hiburan untuk melatihnya dalam skil komunikasi dan PR.

<b>GAMBIT SAIFULLAH</b> NAK BERSIH NAMA

Posted: 25 Aug 2012 01:27 PM PDT

Gambit Saifullah nak bersih nama

gambit gambit saifullah nak bersih nama

Gambit Saifullah tidak malu mengakui bahawa namanya dikenali melalui cerita yang kurang enak

Bermula daripada cerita sikap keras kepalanya hinggalah kontroversi klip video Prema Yin arahannya bertajuk Menarilah, semua itu memberi imej negatif terhadap Gambit

Ralatnya dia, semua cerita itu tersebar daripada mulut ke mulut. Walhal menurutnya, ada penyampai cerita yang tidak mengenalinya sama sekali. Malah gelaran poyo secara semberono dipalitkan kepada dirinya

Bertemu Gambit, dia berkata, dia seorang yang peramah namun bukan dengan semua orang. Gambit turut menyatakan dia seorang yang gemar bercakap, malah bertegas bahawa dia bukan manusia hipokrit

"Banyak orang yang tidak memahami saya tetapi senang-senang melemparkan tuduhan. Saya harap orang dapat melihat sisi positif saya

"Saya peramah tapi pada masa yang sama memiliki sifat pemalu. Sifat itulah yang dianggap sombong selama ini. Apa yang penting bagi saya ialah sikap jujur, itu yang sentiasa saya pamerkan," hujahnya

Pada satu sisi, dia melihat skil komunikasinya perlu diperbaiki. Malah lebih daripada itu, dia memilih Lina Merican yang merupakan pengurus Awal Ashaari untuk mengendalikan kerjayanya yang sememangnya memerlukan komunikasi berterusan dengan pelbagai pihak

"Perjalanan kerjaya saya bagus cuma saya inginkan sebuah pasukan yang boleh melancarkan lagi pergerakan saya

"Saya juga hendak membersihkan diri daripada segala kata-kata orang terhadap saya

"Saya tidak pernah berhenti berlakon tetapi sekarang lebih menumpukan kepada kerja-kerja produksi," katanya yang muncul dengan program Nusantara Raya Safee Sali yang ditayangkan pada hari raya kedua lalu-kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan