Nuffnang

Rabu, 19 September 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Mao Tak Mao – <b>Intan Ladyana</b> Jadi David Teo |

Posted: 13 Sep 2012 06:45 PM PDT

Minggu nie dalam misi membuli artis-artis kesayangan korang, MiG Online berjaya mendapatkan pelakon sweet Halimmunan, Intan Ladyana untuk buat cabaran Mao Tak Mao MiG Online. So apa yang Intan kena buat? Korang cekidautt kat video nie, hehe..

Foto Terbaru <b>Intan Ladyana</b> Berambut Pendek | OHBULAN!

Posted: 08 Aug 2012 09:53 PM PDT

Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau lebih mesra dipanggil Intan Ladyana merupakan nama yang tidak asing lagi di arena filem tempatan. Pelakon manis ini telah membintangi banyak filem terkenal seperti Adnan Sempit, Bini-biniku Gangster, Jangan Pandang Belakang serta V3 Samseng Jalanan.

Sebelum ini Intan Ladyana sering dilihat cantik dengan berambut panjang, namun begitu demi memenuhi keperluan filem lakonan terbarunya, Dampak, Intan terpaksa menukar imejnya kepada berambut pendek.

Menurut Intan Ladyana menerusi akhbar Kosmo! Online, pada awalnya beliau agak gelisah untuk memotong rambutnya kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Disamping itu, beliau turut mengaku bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi. Menurut Intan lagi, kali terakhir beliau berambut pendek adalah ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Selain itu, Intan turut melahirkan rasa gembira dengan imej terbarunya, kerana kini beliau tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap apabila ingin keluar rumah. Tambahan pula untuk menguruskan rambut pendek adalah sangat mudah dan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk berdandan.

Merujuk kepada perkembangan terbaru, Intan dikatakan bakal muncul dalam drama bersiri "Bini-biniku Perkasa" di TV3 yang telah diadaptasi daripada filem Bini-biniku Gangster.

Bagi sambutan Aidilfitri yang akan datang, Intan dan keluarga dikatakan hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, beliau dan keluarga akan pulang ke kampung ibunya di Bangkok, Thailand.

Kredit Foto : Intan Ladyana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan