Nuffnang

Isnin, 10 September 2012

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Anak Seberang: <b>Iqram Dinzly</b> Berhijrah Bukan Untuk Sertai Parti <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2012 09:52 PM PDT

Pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly mengakui kalau dulu dirinya agak nakal, kini segalanya sudah mula berubah selepas dia menyertai kumpulan Fitrah bersama artis wanita yang telah berhijrah seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson.

Malah, jejaka kacak ini tidak begitu gemar apabila segelintir pihak menggunakan alasan berhijrah untuk menyertai parti politik. "Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini. "Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya.

Dalam pada itu, Iqram mengakui dirinya masih sama tetapi berubah dari segi pencarian ilmu dalam Islam. "Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," jelasnya. Sementara itu, Iqram yang menjadi sahabat baik Fouziah Ghous memberitahu mengambil cuti selama seminggu untuk beraya dan hanya membuat persiapan biasa saja. -murai.com

A.S KATA INILAH HIJRAH YANG SEBENAR-BENARNYA.
TAK PERLU BERKOKOK RIUH SERATA ALAM KONONNYA KAU DAH BERUBAH.
APATAH LAGI ADA SEGELINTIR ARTIS LUPA DIRI YANG MENJADI KUDA TUNGGANGAN UNTUK MELARISKAN PARTI POLITIK MEREKA.

FENOMENA INI AMAT MENYEDIHKAN SEKALI.
INSYAALLAH, MUDAH-MUDAHAN PERUBAHAN IQRAM DAPAT TERUS DIKEKALKAN DAN SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARINYA.

Pelakon <b>Iqram Dinzly</b> Bakal Sertai PAS? | Addin |

Posted: 26 Aug 2012 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita.Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan.
Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik."Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. 
Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan."Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.
Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif."Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.
"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini."Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya.

Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. ~murai.com

“Kedegilan Yang Padan Muka Kau” – <b>Iqram Dinzly</b> | OHBULAN!

Posted: 10 Aug 2012 01:14 AM PDT

Pelakon dan pengacara Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin atau lebih mesra dipanggil Iqram Dinzly merupakan artis lelaki yang bersifat metroseksual dan amat menjaga penampilannya. Namun begitu, ketika ditemui di bazaar "Terbaik Raya TV3″ semalam, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini beliau membuat persiapan raya hanya dengan cara sederhana sahaja.

Ketika sesi temu bual antara Iqram Dinzly dan pihak OHBULAN! di perkarangan Seri Pentas semalam, beliau menyatakan bahawa di bulan Ramadhan yang mulia kali ini beliau ingin lebih fikirkan tentang kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan.

Selain itu, apabila disoal berkaitan persiapan menyambut Syawal, Iqram menyatakan bahawa di bulan Syawal nanti beliau ingin menjalankan ibadat sunat iaitu berpuasa 6 di bulan Syawal. Ini kerana, kali terakhir beliau melakukan ibadat tersebut adalah pada dua tahun yang lepas.

Pada masa yang sama, Iqram turut melahirkan rasa menyesal dan bersalahnya terhadap kejahilan yang pernah dilakukannya sebelum ini. Oleh itu, kali ini beliau ingin tebus kesemuanya dengan malakukan ibadat-ibadat sunat.

Iqram turut melahirkan rasa kesedarannya terhadap kehidupan dunia yang bersifat sementara dengan berkata, "Cukuplah dengan duniawi. Apabila kita sudah meningkat dewasa, seharusnya kita faham apa itu Ramadhan dan apa itu fitrah serta fiqah" ujar Iqram sambil tersenyum manis.

Sebelum mengakhiri sesi temu bual petang semalam, Iqram sempat mengaku bahawa sebelum ini beliau banyak berdegil dalam pelbagai perkara. Oleh itu beliau mengungkapkan satu ayat untuk dirinya sendiri yang berbunyi "kedegilan yang padan muka kau" ujarnya sambil tergelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan