Nuffnang

Isnin, 10 September 2012

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Jehan Miskin</b> sibuk seperti biasa

Posted: 03 Aug 2012 07:37 PM PDT

Seperti sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon tampan Jehan Miskin selepas kisah percintaan dia suatu ketika dahulu bersama pelakon wanita, Jue Aziz berakhir. 

Walaupun jarang kita lihat kelibat Jehan Miskin di majlis-majlis selebriti dan juga di kaca televisyen, namun Jehan Miskin berkata, kehidupanya sebagai artis masih sibuk seperti biasa. 

"Saya lebih gemar bergerak sendiri, tidak mahu lah nak kejar populariti sangat. Apa yang saya pentingkan sekarang ialah produk. Selain daripada berlakon, saya juga ada menguruskan syarikat sendiri,"katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di One World Hotel, Damansara, Selasa lalu. 

Mastermind Group yang telah beroperasi lebih dari 3 tahun adalah milik Jehan dimana kesibukan sebagai artis ditambah dengan menguruskan syarikat sendiri memerlukan masa yang banyak, mungkin disebabkan itu dia jarang kelihatan bersama rakan artis yang lain. 

Dalam perkembangan lain, Jehan bakal muncul dalam 5 buah filem iaitu "Appocalips" , "Prince Of The City", "Amukan Buas Frankenstein Tempatan" , "Sepah The Movie", dan "Awan Dania The Movie".

Kumbang Jingga: Kaya cap <b>jehan miskin</b> wakakakaka....

Posted: 13 Aug 2012 11:56 AM PDT

Pecah perut aku tengok kaya ni hehehe..miskin dan kaya mengemarinya wakakakakaka..slogan tak leh blah....

HOTLIPS CORNER: <b>Jehan Miskin</b> Beraya Di Korea Selatan

Posted: 20 Aug 2012 07:35 AM PDT


PETALING JAYA: Jika kebanyakan artis menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung masing-masing, pelakon Jehan Miskin memilih beraya sambil bercuti di Korea Selatan.
Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin berkata, percutian ke negara itu sekadar ingin mengambil kesempatan untuk merehatkan diri selepas sibuk dengan kerja-kerja lakonan serta pengurusan syarikat produksinya, Mastermind Group Sdn Bhd.
"Aidilfitri kali ini agak unik sedikit. Saya ingin berehat sepuas-puasnya dan berjalan-jalan bersama beberapa orang teman dan keluarga selama seminggu.
"Mungkin percutian saya ke luar negara pada sambutan Syawal dianggap tidak sesuai, tetapi bagi saya yang hanya mempunyai masa cuti terhad, ia adalah peluang yang bagus untuk melihat negara orang," katanya.
Tambah Jehan, ketiadaannya di dalam negara pada sambutan Aidilfitri membuatkan dia tidak membuat sebarang persiapan termasuklah tidak membeli baju baru.
"Saya tak kisah tentang baju raya sebenarnya kerana baju tahun lepas masih lagi elok dipakai. Lagipun saya tidak ada di Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama, jadi tak perlulah nak buat persiapan beria-ia sangat," ujarnya.
Bagaimanapun Jehan berkata, dia masih lagi dapat menikmati suasana Aidilfitri menerusi rumah terbuka rakan-rakannya serta keluarga selepas pulang daripada percutian itu nanti.
Malah, juadah kegemarannya iaitu rendang dan ketupat palas juga tetap akan dinikmati sepanjang sebulan sambutan Syawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan