Nuffnang

Jumaat, 21 September 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


SEMUT HITAM: <b>MAYA KARIN</b> BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!!!

Posted: 16 Sep 2012 04:30 PM PDT

SEBAGAI pelakon, Maya Karin mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila menang Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 49 (FFAP49) di Fukuoka, Jepun dan Festival Filem Seram dan Fantasi Estepona, Malaga, Sepanyol.

Kejayaan ini membuktikan bakat seni anak tempatan setaraf dengan pengkarya luar, tetapi ia belum cukup untuk meyakinkan sesetengah pihak kerana ada yang masih mengagungkan pelakon dan filem luar berbanding karya anak tempatan.

Maya akui, kebanyakan kita mempunyai sifat rendah diri yang tebal, tetapi tidak perlu sampai tidak berbangga dengan bakat dimiliki anak tempatan.

"Sesetengah pihak suka membandingkan filem tempatan dengan karya luar. Lebih menyedihkan, mereka menyatakan filem yang dihasilkan orang luar jauh lebih baik. Mengapa kita harus berfikiran begitu?

"Kita harus berbangga dengan apa yang kita ada. Pada saya, ia sangat penting kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai anak Malaysia. Malah, filem mencerminkan budaya sesuatu bangsa dan pastinya kita lebih kenal apa yang dipersembahkan orang kita. 

"Banyak juga kejayaan diraih pembikin filem tempatan di majlis anugerah filem besar di serata dunia. Kalau hendak dinilai, kebanyakannya bukan filem bajet besar.

"Namun, juri nampak keistimewaan ditonjolkan. Bagi mereka, apa yang cuba kita persembahkan dalam kebanyakan filem dihasilkan anak tempatan unik dan tersendiri," katanya.

Maya yang giat dengan kerja-kerja menjaga alam sekitar, bangga kerana Malaysia mempunyai keindahan pulau dan pantai yang tiada tandingnya sehingga disenaraikan antara 10 terbaik di dunia seperti Pulau Redang dan Perhentian.

Kehijauan hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna menjadikan Malaysia menjadi tumpuan pengkaji daripada seluruh dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan